Selamat Hari Lahir Dafina

Hari ini Jumaat, 4 September, anakku Nur Dafina menyambut hari ulangtahun kelahirannya. 

Masih segar diingatan Dafina hadir ke dunia kira-kira sepuluh minit sebelum jam 10 malam, 7 tahun yang lalu. Seperti biasa ayah sentiasa berada di sisi emak menanti kehadiranmu dengan penuh rasa takjub; takjub menyaksikan kekuasan Allah menzahirkan seorang lagi zuriat ayah yang comel dan juga takjub melihat kecekalan dalam kepayahan emak bertarung nyawa untuk melahirkan.

Sebaik sahaja dibersihkan, ayah azan di sebelah kanan telingamu dan Iqamah di sebelah kiri. Sejak hari itu, sebagaimana kakak-kakakmu, ayah dapat rasakan yang Dafina mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, kerana itu kami namakan Nur Dafina yang membawa maksud "Cahaya kepada Kekayaan yang Tersembunyi Dan kini ayah semakin faham akan rahsia di sebalik "kekayaan yang tersembunyi" itu. Bukan kekayaan harta benda, tapi lebih bernilai dari itu.

Ayah ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Dafina sayang. Ayah love you always. Semoga Allah memberimu keberkatan di dunia dan akhirat serta membesar sebagai manusia yang solehah.  
 

Comments

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku