Corat Coret hari raya


Raya tahun ni biasa je, serba sederhana. Hanya sepasang baju Melayu warna merah hati, kain samping guna 2 tahun lepas punya (Itupun tertinggal, lupa nak bawa balik). Sudahnya pakai baju Melayu dengan kain pelikat je.

Raya pertama di kampung isteri, Bidor. Balik kampung hari Jumaat, dua hari sebelum Raya. Perjalanan selesa selama 2 jam setengah.  Solat sunat Idilfitri jauh dari rumah, masjid yang dekat tengah renovasi (dah basi pun). Makanan macam-macam ada. Lemang ada, ketupat ada, mee ada, rendang usah kiralah. Makan, makan, makan.

Ramai balik beraya, semua adik-beradik, ipar duai anak beranak, cucu cicit pun ada! Pelbagai kenderaan, pelbagai kerenah, pelbagai gaya, pelbagai kata, pelbagai jenaka, pelbagai aksi, pelbagai penampilan, pelbagai sampul, pelbagai segala...semua ada, kan hari raya! Yang paling seronok anak-anak dapat banyak duit raya.

Raya kedua balik Pahang. Konon nak ikut jalan pintas, ikut Simpang Pulai - Cameron Highlands, nak keluar ke Raub. Jalan baru lah konon. Entah macamana, simpang ke Raub tak muncul-muncul. Papan tanda asyik tunjuk Gua Musang je, semakin lama semakin dekat dengan Gua Musang. Akhirnya sampai Gua Musang!. Sampai juga hajat anak-anak yang tak pernah sampai Kelantan! Singgah solat asar kat Masjid Gua Musang. Sedih nak cerita keadaan tandasnya.... ada ambil gambar tapi tak sampai hati nak siar, masjid kita juga kan....tak payah ceritalah.

Singgah kejap kat KFC, tapau je makan dalam kereta. Lepas tu turun balik ke Kuala Lipis. Satu jam setengah je sampai Kuala Lipis dan 30 minit lepas tu sampai kampung. Penat mengalahkan mencangkul sehektar sawah!

Di Pahang tak banyak aktiviti. Ziarah rumah adik beradik je. Makanan boleh tahan banyak. Hampir pupus ayam Pak Anjangnya!. Anak-anak saudara dah besar, rajin masak, rajin buat kueh. Alhamdulillah! Terima kasih Kak Long dan Kak Ngah. Kuih Gunting dan Kueh siput memang ngam. Cuma terkilan tak sempat makan kek kukus....Terlupa masa nak balik tuh.

Dalam banyak-banyak makanan, lemang yang jadi favorite. Itupun dah nak habis. Lazimnya lemang cepat habis. Lauk ayam kampung memang terangkat! Tak lupa juga gulai tempoyak ikan patin yang jadi kegemaran seisi keluarga. Ikan tak de jual pada Hari raya, anak sedara tolong kailkan...terima kasih Jemi. Tak lupa nasi goreng special. Terimakasih Makjang. Itu Ela punya kegemaran!

Raya kelima (Khamis) balik ke Shah Alam. Perjalanan selesa selama 2jam setengah. Orang kata Syawal sebulan, betullah tu, ada orang kata Rayapun sebulan, entahlah....

Comments

benludin said…
jalan pintas ke raub tu kena turun ke ringlet tembus ke sg.koyan. tp rasanya jalan lum siap...
(keh selalu balik kedah ikut gua musang-CH-simpang pulai)

selamat ari raya utk deme sekeluarga
pB said…
malu kalau fikir pasal masjid Gua Musang tu
McBudu said…
ben: Tula pasal, konon mcm teror sangat! Oh maknenyer betullah jalan komeh ari tuh....he he

Selamat Hari raya juga drp saya sekeluarga

pB: camna nak buat tuh....selamat Hari raya.
benludin said…
dulu masa mula2 balik kedah ikut gua musang rajin juga keh singgah kat masjid sana. tapi semenjak kes al-tandas al-kotori tu tak singgah dah. sekarang keh rajin singgah di sebuah surau di cameron je. tak pun di masjid merapoh
5er_dragon said…
nasi goreng ! kgemaran ku! muahahahaha! :)

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku