Posts

Showing posts from September, 2009

Corat Coret hari raya

Raya tahun ni biasa je, serba sederhana. Hanya sepasang baju Melayu warna merah hati, kain samping guna 2 tahun lepas punya (Itupun tertinggal, lupa nak bawa balik). Sudahnya pakai baju Melayu dengan kain pelikat je.

Raya pertama di kampung isteri, Bidor. Balik kampung hari Jumaat, dua hari sebelum Raya. Perjalanan selesa selama 2 jam setengah.  Solat sunat Idilfitri jauh dari rumah, masjid yang dekat tengah renovasi (dah basi pun). Makanan macam-macam ada. Lemang ada, ketupat ada, mee ada, rendang usah kiralah. Makan, makan, makan.

Ramai balik beraya, semua adik-beradik, ipar duai anak beranak, cucu cicit pun ada! Pelbagai kenderaan, pelbagai kerenah, pelbagai gaya, pelbagai kata, pelbagai jenaka, pelbagai aksi, pelbagai penampilan, pelbagai sampul, pelbagai segala...semua ada, kan hari raya! Yang paling seronok anak-anak dapat banyak duit raya.

Raya kedua balik Pahang. Konon nak ikut jalan pintas, ikut Simpang Pulai - Cameron Highlands, nak keluar ke Raub. Jalan baru lah konon. Ent…

Selamat Hari Raya Idilfitri

Kami Warga Semalu mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

090909

Hari ini 090909, di tarikh yang sama dua belas tahun yang lalu ayah meninggalkan kami, sekaligus menjadikan kami anak yatim piatu. Walaupun berusia lanjut, ayah hanya sakit tenat dalam waktu yang singkat di saat-saat akhir hayatnya. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapanku dan adik-beradik yang lain. Masih segar diingatanku aku memandi, menyembahyang dan memangku jenazahnya ke liang lahat. 
Ayah, lambang kekuatan semangat, seorang idola tiada bandingnya. Seorang lelaki yang punya prinsip tersendiri, tidak mudah mengalah dengan cabaran, berprofil sederhana, tidak pernah berusaha mencari rezeki untuk diri sendiri sebaliknya semuanya untuk isteri dan anak-anak.
Ayah, seorang yang cekal, berpandangan jauh ke hadapan, tidak pernah putus asa dan tiada keluh kesah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Alfatihah.

Selamat Hari Lahir Dafina

Image
Hari ini Jumaat, 4 September, anakku Nur Dafina menyambut hari ulangtahun kelahirannya. 
Masih segar diingatan Dafina hadir ke dunia kira-kira sepuluh minit sebelum jam 10 malam, 7 tahun yang lalu. Seperti biasa ayah sentiasa berada di sisi emak menanti kehadiranmu dengan penuh rasa takjub; takjub menyaksikan kekuasan Allah menzahirkan seorang lagi zuriat ayah yang comel dan juga takjub melihat kecekalan dalam kepayahan emak bertarung nyawa untuk melahirkan.
Sebaik sahaja dibersihkan, ayah azan di sebelah kanan telingamu dan Iqamah di sebelah kiri. Sejak hari itu, sebagaimana kakak-kakakmu, ayah dapat rasakan yang Dafina mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, kerana itu kami namakan Nur Dafina yang membawa maksud "Cahaya kepada Kekayaan yang Tersembunyi. Dan kini ayah semakin faham akan rahsia di sebalik "kekayaan yang tersembunyi" itu. Bukan kekayaan harta benda, tapi lebih bernilai dari itu.
Ayah ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Dafina sayang. Ayah love you always. …

Fuel jumps up again!

Fuel price increases again for how many time, I've lost count. But luckily, the RON95 fuel could be used by almost all cars, except if you drive a Lamborghini or  a Ferrari perhaps you still need to pump in the RON97. The following statement could be a good news in these bad days.
. 1. Proton has confirmed that all of their cars can use RON95 2. all current Hyundai petrol car models are built for a minimum of RON92 3. Nissan has confirmed that all Nissan cars sold by Edaran Tan Chong Motors can run on RON95 4. All Honda Malaysia vehicles, EXCEPT Civic Type R, are RON95 compatible 5. According to the Sime Darby Auto Connexion rep, all petrol vehicles sold by them are RON95 compatible 6. It is perfectly fine for current BMW vehicles to use 95 RON. In fact, it is the recommended grade in the owners manuals (only the M cars have a recommended grade of 97/98 RON). 7. KIA: Yes u can 8. According to Suzuki, the ER-V can run on RON95. The only Suzuki model that doesn't is the Suzuki Swift S…