Puasa di kampung - Air Batu

Berpuasa di dalam suasana kampung sangat indah untuk dikenang. Aku masih teringat sewaktu itu aku masih di sekolah rendah. Bekalan letrik dan air masih belum ada di kampungku. Sewaktu berbuka puasa tidak ada hidangan istimewa, cuma masakan emak yang tidak pernah hilang tarikan dan kelazatannya. Yang berbeza pada bualan puasa hanyalah satu - kehadiran Air Batu di dalam menu berbuka.


Air batu waktu itu satu kenikmatan yang hadir hanya pada bulan puasa. Kehadirannya seolah-olah satu 'kemewahan' yang menjadi pelengkap kepada juadah berbuka yang biasa-biasa sahaja itu. Ketika itu air batu dijual dalam bentuk ketulan. Ketulan besar dari pembekal akan dipotong kecil dengan gergaji oleh peruncit  untuk dijual kepada pengguna yang biasanya berharga 20 sen setiap satu. Air batu ini disaluti dengan habuk kayu (saw dust) untuk memanjangkan ketahanannya. Ketulan-ketulan kecil akan dibungkus pula dengan kertas surat khabar dengan meletakkan sedikit habuk kayu di sekelilingnya. Kemudian ianya diikat dengan tali yang diperbuat daripada batang pisang.

Oleh kerana keistimewaan air batu ini, aku akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan bekalannya setiap kali berbuka puasa. Sebelum aku mempunyai basikal, aku akan berjalan kaki sejauh 2km untuk membeli air batu. Air batu ketika itu merupakan satu komoditi yang amat berharga. Ianya bukan boleh dibeli hanya dengan menghulurkan wang sahaja. Sebaliknya aku kena membuat 'booking' dengan menulis nama di dalam buku tauke air batu sehari sebelumnya. Itupun belum tentu dapat, ianya tertakluk kepada keadaan.

Kerana aku masih kecil, seringkali bahagian aku di cilok oleh mereka yang lebih dewasa (dengan konspirasi tauke air batu lah). Aku seringkali balik hampa, berbuka tanpa airbatu. Namun aku tidak pernah putus asa, menulis nama lagi untuk bekalan hari esoknya, begitulah seterusnya sehingga habis bulan puasa. Kekadang dapat, kekadang tidak. Kekadang kalau hujan, air batu tidak banyak laku, aku ditawarkan lebih pula. Tanpa mengetahui tipu daya perniagaan, tanpa prasangka, aku dengan gembira dan rela hati membeli lebih dari biasa.

Yang paling aku ingat ialah karekter tauke air batu itu sendiri. Dialah orang paling famous pada bulan puasa. Warungnya kecil sahaja, di bawah pohon Sena yang besar dan rendang. Walaupun bau warungnya hapak, namun tiada tempat lain menjadi tumpuan ketika puasa.

Masih aku ingat tauke air batu yang amat kurus tapi garang!  (Kebetulan aku juga sering diberi amaran oleh tauke ini agar tidak mengganggu saudara (jauh) perempuannya yang juga kebetulan classmate aku ketika itu!) Untuk nota: Aku tak ganggu pun budak perempuan tu, biasalah budak kecil suka mengusik dan ejek megejek sesama sendiri. Aku panggil budak perempuan ni Tupai Gemok! Aku rasa dia pun suka kena usik! (Agaknya lah...)

Kerana aku sering gagal membeli air batu dan kekadang kena marah kerana banyak soal, aku sering bayangkan bagaimana kalau ketulan air batu itu aku hempukkan ke kepala toke air batu itu! Pahala puasa aku ketika itu banyak terhakis kerana sering menyumpah manusia ini dalam hati.

Kini semuanya sudah lama berlalu, aku sering terserempak dengan tauke air batu ini bila pulang ke kampung. Dia sungguh baik kepada aku, setiap kali bertemu, dia yang akan menghulurkan tangannya kepadaku. Ceritanya mungkin berlainan jika aku hempuk kepalanya dengan ketulan air batu dahulu. Aku bernasib baik.... :-)

Comments

linda aka konda said…
1 soalan: siapakah nama pendek penjual air batu tersebut? hehe
Comot said…
hahahaa
y haven't i heard this story before?
linda aka konda said…
yay dah tau...bermula dari huruf M berakhir dengan r rite? ahaha
McBudu said…
Konda: Idola ramai wanita, tapi tidak buat diri ku! hahahaiyahs...
aidil62nd said…
air batu ?? memang sedap .. tapi apa kan daya berbuka air kosong jer ..
McBudu said…
aidil: kat estate, ada air kosong tu dah kira ok...! Masa saya bujang kat estate, satu makanan pun takde. Makan kat luar tiap hari...
indica said…
Elok la ko tak hempok kepalanya, silap haribulan boleh ke tanjung rambutan toke ais tu...

Kisah airbatu bulan puasa lebihkurang sama..pakai abuk kayu, bungkus kertas + ikat dgn tali pisang (tali rafia belum direkacipta...)

Tak pasti ada lagi ke jualbeli airbatu lagu ni..
McBudu said…
indica: Air batu masa tu paling nikmat....
benludin said…
salam tuan,
rasa macam kenal demeh nih...anak cikgu?..kg.jernin??

ni kawan keh punya soalan pulok:
"demeh dulu sekolah clifford ke? satu badge TODI?? YEM?"
McBudu said…
benludin: WSW tuan, Banyak org kata anak cikgu, tapi sebenarnya Adik cikgu Nazir, bukan Jerning tapi Durian Rendang. Clifford batch bawah setahun drp Todi,last batch pure science English Stream. Duduk hostel, selalu makan mee stesen keretapi.

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku