Posts

Showing posts from August, 2009

Puasa di kampung - Air Batu

Image
Berpuasa di dalam suasana kampung sangat indah untuk dikenang. Aku masih teringat sewaktu itu aku masih di sekolah rendah. Bekalan letrik dan air masih belum ada di kampungku. Sewaktu berbuka puasa tidak ada hidangan istimewa, cuma masakan emak yang tidak pernah hilang tarikan dan kelazatannya. Yang berbeza pada bualan puasa hanyalah satu - kehadiran Air Batu di dalam menu berbuka.


Air batu waktu itu satu kenikmatan yang hadir hanya pada bulan puasa. Kehadirannya seolah-olah satu 'kemewahan' yang menjadi pelengkap kepada juadah berbuka yang biasa-biasa sahaja itu. Ketika itu air batu dijual dalam bentuk ketulan. Ketulan besar dari pembekal akan dipotong kecil dengan gergaji oleh peruncit  untuk dijual kepada pengguna yang biasanya berharga 20 sen setiap satu. Air batu ini disaluti dengan habuk kayu (saw dust) untuk memanjangkan ketahanannya. Ketulan-ketulan kecil akan dibungkus pula dengan kertas surat khabar dengan meletakkan sedikit habuk kayu di sekelilingnya. Kemudian iany…

Salam Ramadhan

Image
Warga Semalu mengucapkan selamat menyambut kehadiran bulan Ramadhanal-Mubarak kepada semua pengunjung blog ini. Sama-samalah kita mencari keberkatannya yang melimpah ruah, yang tidak terdapat di bulan-bulan yang lain. Lapangkanlah masa untuk Allah semoga Allah melapangkan segalamya untuk kita. InsyaAllah.