Siksanya jadi anak zaman ini

2 orang anak-anak aku Dhania dan Dalila akan mengambil peperiksaan tahun ini. Seorang PMR dan seorang lagi UPSR. Tekanan akibat peperiksaan itu semakin hari semakin jelas sehingga aku pun terasa bahangnya! Mana tidaknya, saban hari ada sahaja tusyen, ada kelas tambahan, ada seminar, ada motivasi, ada solat hajat, ada ceramah dan bermacam-macam lagi.

Ada pula yang mengsyurkan vitamin dan makanan tambahan untuk di makan bagi menghadapi peperiksaan, makanan-makanan berkhasiat seperti ikan tongkol, buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Ada juga yang menegah daripada memakan roti canai, epel hijau, cokelat, kopi dan sebagainya! Semuanya berkaitan dengan peperiksaan!

Kekadang aku kasihan melihat anak-anakku yang seolah-olah tak cukup 24 jam yang ada dalam sehari itu. Aku juga dapat kesan ada tanda-tanda tekanan dan mungkin depresi di wajah-wajah mereka. Tekanan bukan sahaja daripada segi mentelaah pelajaran, tapi juga dari segi apa yang boleh dan tak boleh dari segi pemakanan, tingkah-laku, percakapan dan lain-lain lagi yang mana kesemuanya berkaitan dengan peperiksaan.

Aku secara peribadi tidak setuju dengan budaya mengutamakan peperiksaan akademik yang kelihatannya semakin banyak menekankan keputusan peperiksaan sahaja dengan mengenepikan pembangunan insan secara menyeluruh. Pembentukan jasmani dan fizikal, pembangunan kreativiti, pengasuhan seni dan sebagainya semakin dipinggirkan. Aktiviti jasmani sudah dihentikan kerana memberi tumpuan kepada pembelajaran akademik. Kalaupun ada kegiatan jasmani dan ko-korikulum sewaktu petang di sekolah, kebanyakan ibu-bapa tidak membenarkan anak-anak menghadirinya.

Secara peribadi, aku khuatir yang pendekatan sukatan pelajaran sekarang dan tindak-tanduk taksub ibu-bapa kepada akademik sekarang ini akan menghukum generasi akan datang. Aku juga berpendapat pendekatan ini hanya akan melahirkan anak-anak bijak laksana komputer, tetapi tidak mampu berfikir seperti manusia. Bertindak laksana robot, tetapi tidak mampu berkreatif dan berinteraksi seperti seorang insan, khalifah di muka bumi. Apa nak jadi !


Comments

linda aka konda said…
saye setuju
manusia berjaya : berfikiran kreatif dan kritis yang di jana oleh kehidupan, pergaulan dan aktiviti seimbang

manusia komputer: berfikiran seperti hard disk, membaca dan hafal hasilkan manusia tanpa olahan hanya fakta yang nyata dan tak berkembang malah langsung tiada pengalaman

tp manusia komputer adalah yang paling selalu dijumpai di universiti2 sekarang (berdasarkan pengalaman menjadi jurulatih survival pelajar2 junior)

bayangkan, pada umur 18 tahun,80 % daripada peserta yang jumlahnya >1000 org tidak pernah sekali pun memasang kemah..dalam aktiviti survival selama 3 hari pun mereka tidak boleh survive, inikan pula dalam dunia yang semakin mencabar..haih~~ apelah nak jadi..itu baru bab pasang kemah...~~
McBudu said…
Belum cerita nak panjat gunung, terjun laut lagi, jauh sekali berdikari untuk survival. Kalau perang, tiada makanan, 80% ni mati dulu!
McBudu said…
Klong, buat apa kat Mentakab?
Pak Yob said…
huh...aku benci exam...tapi kalau dah kerja dengan kerajaan...sampai nak pencen pun kena ngadap kertas periksa..dah tua2 lagi tension bro.. ...segala vitamin pun dah tak boleh jalan..
iramestika said…
Sebagai ibubapa pening jugak, tak ikut trend takut anak2 ketinggalan, bila ikut trend anak2 pulak yang seksa. Almaklumle persaingan yang melampau-lampau. So leave it to them to decide,kalo diaorang rasa penat bolehla ponteng tuisyen sekali sekala.

Yeah it's hard to go beyond boundaries.
Sokong, kesian tengok anak2. Syllabus sekarang pun makin sukar, anak2 semakin pandai kah?
McBudu said…
Pak Yob: Periksa tu bagus untuk meremajakan minda, dak gitu... :-)

IMestika: Bukan ke kome pergi Beyond Boundries tiap hari...? :-)

OS: Nampaknya pencetak buku teks yang sering berubah lah yang paling pandai! Anak2 nampak sama je...
Comot said…
yes, it's true tht hving more than one tuition have becoming a trend to students nowadays.

But, parents should not b too worry about their children. Because, in me n my friends opinion, goin to tuition is bbetter than wasting our time doing nothing at home.

From doing our unhealthy hobbies like watching tv, online all day long, reading comics and many more, its btter for students to go to tuition and study.

Yeah it is important to loosen up somtimes. But I think, parentts should not worry.
McBudu said…
Did I her it right from my own kak Yong? Ha ha, I know for sure that I dont have problems with my own kids, I was talking about somebody's kids ha ha.... I am busy body hah? :-)
linda aka konda said…
mentakab? saiye pegi mentakab rasenye last 3 taun lepas kot..after tuh tak penah dah..huhu..nape cu?
McBudu said…
tracker kat blog cu rekod ur comment from Mentakab...silap kot,
iramestika said…
Memang tak dinafikan tuisyen itu penting tetapi keburukannya akan lahir generasi yang tak pandai berdikari yang sering mengharapkan sokongan orang lain.

Nanti bila masuk Universiti barulah mengeluh susah. Respect kat Nik Nur Madihah, anak nelayan yang tak p tuisyen kat mana2pun tapi boleh score 20A.

Betul kata pepatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
tee said…
Tuisyen tu memang penting.. tapi kira melampau kalau anak baru Tahun 1 dah di hantar tuisyen.. inilah akibatnya apabila pencapaian akademik dijadikan ukuran.

Is there sumting wrong with our academic curriculum or is just that parents nowdays are obsessed with their kids grades ... sumting to think about, yea..
lkc_lai said…
I hate TUITION when I was in primary. I will get sick if I go for tuition. Damn boring and a burden for teenager. I can understand your children situation.

You was in Kekayaan before and when I was there in year 1998. I understand that there are many workers' children get excellent result in SPM including my wife.

They do not have tuition class as what we have in city. They only go for normal school and learn what their teacher teach them. The impress is they are able to further study in local universiti. I think their parents are pround of their children.

Similar to my aunt asked me recently regarding when danish will go to school. I told her ...danish need to play more than go to schoool...Let our teenager play and have more fun...the more they play the more they learn...sorry..I need to go now..chat later
McBudu said…
Lai: So you met your wife in Kekayan !

Yeah tution kills! Not live but life....
lkc_lai said…
Takde amoi nak saya :( so kahwin dengan anak jati Kekayaan.

This is why many people say LOVE IS BLIND.

I proud of my marriage because the journey is very tough to merge 2 races marriage. I should thanks to Allah that Him allow this marriage and give us to naughty danish that I can say happiness family.
McBudu said…
Lai : Jodoh, pertemuan, hidup dan mati adalah ketentuan Allah. Kita hanya mampu merancang tapi Allah tentukan segalanya. Selamat menyambut Ramadhan.

G,Apple: U r welcome. Selamat berpuasa...

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku