Harapan seorang ayah

Dua bulan lepas aku berpeluang bersembang dengan seorang rakan perniagaan bangsa cina yang juga seorang bapa. Beliau seorang yang berjaya dan mempunyai rangkaian perniagaan keluarga bernilai berbilion Ringgit. Banyak topik yang diperbualkan, tapi aku hanya ingin memperkatakan berkenaan kerisauannya berkenaan anak-anaknya yang tidak berapa pandai dalam pelajaran walau bermacam cara dan banyak wang ringgit telah dilabur. Pencapaian anak-anaknya dalam pelajaran masih merosot. Dia kelihatan risau sekali.

Dua hari lepas pula, mesin basuh aku rosak. Aku buat panggilan kepada kedai tempat aku beli dulu, tak sampai 2 jam, dah tercegat kat muka pintu wakil Daewoo untuk menawarkan khidmatnya. Sungguh ramah sekali teknisyen yang juga berbangsa cina ni. Umurnya walau baru 46 tahun, namun sudah kelihatan lima puluhan. Keturunan katanya.... yang menarik perhatian aku dalam perbualan itu dia juga melahirkan kerisauannya sebagai seorang bapa terhadap anak-anaknya. Tapi kerisauannya agak berlainan. Dia risau kalau-kalau anak-anaknya yang masih bersekolah itu pandai belajar! Dia risau jika mereka pandai, dia mungkin tidak akan mampu untuk menampung kos pembelajaran mereka yang tinggi !

Terdiam aku. Perasaan pelik bercampur sedih apabila memikirkan apa yang baru aku dengar tadi. Tak pernah aku mendengar pengakuan jujur seorang ayah yang sedemikian rupa! Dan akau mula memikirkan semula berkaitan perasaan aku sendiri. Aku sanggup memerah keringat, bersengkang mata dan bergolok bergadai, asalkan anak-anak mendapat pendidikan yang sewajarnya. Itulah yang pernah ibu-bapa aku lakukan dulu untuk aku dan adik-beradik yang lain. Kini tanggungjawab itu akan ku pikul pula. InsyaAllah.

Comments

pB said…
Hmm ...

masalah orang lain lain ...
tak pernah sama jenis masalahnya ...
lkc_lai said…
This is the great of "FATHER". We will do everything for our children.
McBudu said…
pB: begitulah kehidupan kan

lai: You are a planter same like me lor!
Comot said…
thnx ayah...
i will try do my best in evrything for you...
sorry for all the trouble I've caused you...
5er_dragon said…
firstly, alhamdulillah, i have an awesome father who is still there for me.

ayah,
you're the best father in the world. you gave me everything i want in life. thank you, for everything that you have given me. i'll try to give my best in upsr. to make you proud, and happy. sorry for the improper things that you have heard about me.
McBudu said…
Comot: comot? why comot? you are such a cute girl! No heart feeling....

5erD: You did good, keep it up. I know u can do it!

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku