Posts

Showing posts from June, 2009

Memoir buat Ayah

Hari bapa bakal mendatang. Tidaklah sehebat hari ibu. Malah sebelum ini aku tidak pernah tahu akan wujudnya hari bapa! Sejak dilahirkan hinggalah bapa aku meninggal, aku tidak pernah tahu akan wujudnya hari bapa, apatah lagi merayakannya bersama ayahku! Mungkin aku dibesarkan di kampung, semua itu bukan perkara yang harus aku tahu. Kini bapaku telah tiada dan aku sendiri pula telah bergelar bapa kepada 4 orang anak-anakku.

Bapaku yang aku panggil ayah bukanlah seorang yang masyur, bukan jutawan, bukan hartawan, bukan negarawan dan tentunya bukan juga seorang selebriti terkenal. Namun bagiku dialah manusia hebat yang mencorakkan kehidupanku sekarang. Ayah yang aku ingat amat berdisiplin dalam kehidupannya. Dia tidak berpelajaran tinggi, namun berfikiran jauh melangkaui zamannya.

Sepanjang yang aku ingat, zaman sihatnya ayah tidak pernah lewat bangun tidurnya. Rutin paginya bermula seawal jam 5 pagi setiap hari. Takwimnya tiada cuti hujung minggu atau cuti umum. Dia mandi jam 5 pagi, ber…

Harapan seorang ayah

Dua bulan lepas aku berpeluang bersembang dengan seorang rakan perniagaan bangsa cina yang juga seorang bapa. Beliau seorang yang berjaya dan mempunyai rangkaian perniagaan keluarga bernilai berbilion Ringgit. Banyak topik yang diperbualkan, tapi aku hanya ingin memperkatakan berkenaan kerisauannya berkenaan anak-anaknya yang tidak berapa pandai dalam pelajaran walau bermacam cara dan banyak wang ringgit telah dilabur. Pencapaian anak-anaknya dalam pelajaran masih merosot. Dia kelihatan risau sekali.

Dua hari lepas pula, mesin basuh aku rosak. Aku buat panggilan kepada kedai tempat aku beli dulu, tak sampai 2 jam, dah tercegat kat muka pintu wakil Daewoo untuk menawarkan khidmatnya. Sungguh ramah sekali teknisyen yang juga berbangsa cina ni. Umurnya walau baru 46 tahun, namun sudah kelihatan lima puluhan. Keturunan katanya.... yang menarik perhatian aku dalam perbualan itu dia juga melahirkan kerisauannya sebagai seorang bapa terhadap anak-anaknya. Tapi kerisauannya agak berlainan. Di…