Corduroy ku

Aku agak semua orang yang lahir selepas Merdeka pernah memiliki sekurang-kurangnya sepasang Jeans semasa hayatnya. Jeans atau kekadang juga dipanggil Dungarees (nama Jeans tebal dan berat termasuk overalls) memang popular.

Aku diperkenalkan kepada Jeans dan Denim sejak di tingkatan satu lagi. Jeans pertamaku dihadiahkan oleh abangku yang ketika itu baru balik dari Cardiff, UK. Jeans biru, jenama Wrangler. Masa itu aku pun tak tahu hendak berbangga atau malu untuk memakainya kerana ketika itu Jeans biru nampak pelik dengan saisnya yang agak longgar!

Untuk rekod, Jeans adalah gelaran untuk seluar yang diperbuat daripada kain Denim. Kain denim pula adalah kain dari benang kapas kasar yang tahan lasak. Tradisinya Jeans merujuk kepada seluar yang diperbuat daripada kain Denim sahaja. Namun selepas itu seluar yang diperbuat daripada kanvas dan Corduroy juga digelar Jeans.

Kain Corduroy diperbuat samada daripada benang Kapas atau benang kapas bercampur Wool atau lain-lain jenis benang lagi. Ianya di anyam bersilang dengan menwujudkan garisan-garisan selari.

Aku memang penggemar Jeans tegar. Ketika aku bergelar pelajar, aku tidak ada sepasang pun seluar yang bukan jenis Jeans! Seluar Slack aku yang pertama hanya dibeli semasa temuduga kerja yang pertama. Selepas aku diterima bekerja, barulah aku ada dua tiga pasang seluar slack, tapi jeans tetap di hatiku sentiasa.

Jeans yang paling aku gemari ialah dari jenis Corduroy. Aku ada banyak jeans dari jenis ini. Tapi aku lebih fokus kepada Jenama Levi's dan Lee. Bukan memilih, tetapi Jenama ini taklah berapa mahal dan amat selesa dengan potongan badanku. Aku cuba juga cari jenama lain atau yang Aspal (kata Mizie) tapi tak pernah jumpa yang selesa dipakai.

Tapi corduroy ni bermusim. Kalau bukan musimnya, susah nak cari yang sesuai. Aku memang suka pakai jeans jenis ini kerana selesa, ringan dan sejuk tambahan pula sesuai dipakai untuk santai, bersosial dan juga keramaian yang tidak berapa formal. Lihatlah antara corduroy aku yang aku snap pakai camera compact (malas nak charge D60).

Paling baru - Levis 100% cotton sais 34 Made in Indonesia!

Levis sais 33, 100% cotton

Lee sais 33, masih boleh pakai

Lee biru laut, sais 32 dah tak muat!

Levis dah ketat sikit tapi masih ok

Lee sais 33, sebijik dengan Mizie punya!

Lee corduroy hitam....



Comments

indica said…
Pada aku Corduroy ni utk kesederhanaan tapi sgt menyelesakan. Mmg sedap dipakai..banding dgn jeans yg agak keras dan slack yg lembik..

Samalah, favorite aku Levi's dan Lee yg ori, selain Ralph Lauren dan Burberry's yg aspal..hehe.
McBudu said…
indica: Ko ada satu warna oren masa kat Perlis dulu kan..? baju pun oren!
indica said…
biar betul...hehe. Yg aku pernah pakai di perlis dulu warna merah maroon ...yg oren org lain kot..baju oren tu mmg ada..van heusen bukan wan husen ye !
linda aka konda said…
hehe
yg tak muat tu maw buat ape?
hehe..
McBudu said…
indica: silap aku punya corduroy oren tu he he, hang memang T-shirt oren, masa tu depa duk kutuk macam k++ing, depa tak tahu yg kita ni futuristic kan! La ni kan dah tak heran pakai oren, depa yg terkebelakang, kita terkedepan 20 tahun!

Konda: mailah try, kalau muat angkatlah... tapi muat ke...? he he
Pak Yob said…
perghh...dah macam katalog kedai bundle pulak dah...
bang, yang "carrot cut" takde ke?.he.he.

mizi aku perasan "kodroi" coklat dia, kelmarin baru orang rumah suruh beli kodroi sehelai..sempoi katanya.

Aku kodroi ni masa kecik2 dulu adala...seluar jeans ni time sekolah tak merasa pakai levis, lee, wrangler ni...kalau ada pun Bronson, puma...yang cap betong (daerah siam bersempadan dengan perak) ada jugak dua tiga lai..pasal pakcik aku dulu memang tokan jeans betong, so bila balik kampung...dapatla selai dua.

zaman aku sekoleh menengah jeans dah tak berapa "in"..masa tu zaman seluar GQ la kunun, segala macam buckle disangkut kat seluar. rambut potong slop keliling ala-ala vanilla ice atau tommy page.

tak sabor nak tunggu entri koleksi Pencuci muka mizi...he..he..

e! terpanjang lak komen ni..i am sorry...
McBudu said…
PAK yob; Cepat2 beli corduroy tu, musimnya dah nak habis! he he. Nanti bila duduk UK boleh lah belikan kawan-kawan bila ada sales tu.....
Dah lama jugak stop pakai jeans ni...sejak lebih selesa pakai seluar khaki. Mungkin dh berbelas tahun, sejak mula bekerja. Harga jeans sekarang pun boleh tahan jugak....baru 'terbeli' sepasang awal tahun ni.
linda aka konda said…
cu, check this..blog org lepih :)

http://titikbukannoktah.blogspot.com/
McBudu said…
OS: Jeans Denim berat sikit... khaki memang selesa sya ada gak beberapa pasang, memang selesa!

Konda: Sape weh...?
linda aka konda said…
cu: tah la..tak kenal sanget..tapi anok die blogger famous gak la. blog die cite pasai kuale lipis,..maybe org beloh2 lepih kot..bukan beloh bente..
indica said…
Ini baru koleksi corduroy ko..belum lagi koleksi GQ pakyob...stok zaman Fiona..hehe.
5er_dragon said…
fuyoo!!! byknye sluar ayah!!! yg kne aiskrim pn nk tgkp gmbr??
lkc_lai said…
Jeans...I do not like. Ketat sangat and difficult to move around.

Hi bro, I am running a small business and still can survive. Work still coming in but I could not earn this money because I have been "quarantined" for nealy 3 weeks.

Non stop coughing at night really suffer and now start recover. Tomorrow try to do some field work in Negeri and see the refection.

You also need to take care your health.
McBudu said…
Lai; 3 weeks? WOW!. Thanx God you have recovered. Good Luck to U n ur family!

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire