Posts

Showing posts from May, 2009

Macro Filters

Image
Micro floras from the innerside of the macro filter.....



















One flower for the lady, many flowers for the florist and more flowers for everybody......free for all, copyright is nothing but egocentric !

Penat

Entah mengapa kebelakangan ini aku merasai sangat letih. Setiap hari aku lalui dengan longlai seolah kudrat ku berhenti semalam. Aku tak faham mengapa akhir-akhir ini seluruh tubuh berasa berat dan lesu untuk bergerak. Kalaupun umur terus meningkat, namun kehilangan tenaga secara tiba-tiba tidak ku fahami. Usahkan untuk berlari, untuk bernafaspun kekadang terasa sesak! Mungkin aku amat dambakan satu istirahat yang panjang, amat panjang. Mungkin semua urusan dunia ini membunuhku secara perlahan. Entah, aku penat, teramat penat.......

Corduroy ku

Image
Aku agak semua orang yang lahir selepas Merdeka pernah memiliki sekurang-kurangnya sepasang Jeans semasa hayatnya. Jeans atau kekadang juga dipanggil Dungarees (nama Jeans tebal dan berat termasuk overalls) memang popular.

Aku diperkenalkan kepada Jeans dan Denim sejak di tingkatan satu lagi. Jeans pertamaku dihadiahkan oleh abangku yang ketika itu baru balik dari Cardiff, UK. Jeans biru, jenama Wrangler. Masa itu aku pun tak tahu hendak berbangga atau malu untuk memakainya kerana ketika itu Jeans biru nampak pelik dengan saisnya yang agak longgar!

Untuk rekod, Jeans adalah gelaran untuk seluar yang diperbuat daripada kain Denim. Kain denim pula adalah kain dari benang kapas kasar yang tahan lasak. Tradisinya Jeans merujuk kepada seluar yang diperbuat daripada kain Denim sahaja. Namun selepas itu seluar yang diperbuat daripada kanvas dan Corduroy juga digelar Jeans.

Kain Corduroy diperbuat samada daripada benang Kapas atau benang kapas bercampur Wool atau lain-lain jenis benang lagi. …

Selamat Hari Ibu

Warga SEMALU mengucapkan selamat hari Ibu kepada semua ibu-ibu yang rela menggadaikan nyawa melahirkan anak-anak mereka. Selamat hari ibu juga kepada isteri tercinta yang menjadi ibu kepada anak-anakku.



Kepada semua, hormatilah ibu dan jagalah hati mereka. Berbuat baik dan berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada.