Mencari kebenaran

Kebelakangan ini terlalu banyak berita yang disogokkan kepada kita melalui media-media baharu yang kadang-kala membuat kita bingung samada hendak mempercayainya ataupun tidak. Garisan pemisah antara fitnah dan kebenaran semakin menipis.

Seringkali kita menyebarkan berita yang entah benar entah tidak atau separuh benar melalui pertuturan, e-mail, sms, laman-laman blog, chat room dan sebagainya. Persamaan memfitnah dengan membunuh sikitpun tidak menggerunkan sesetengah dari kita. Berita yang disampaikan bersumberkan cerita dari kawan-kawan, saudara mara dan 'kawan kepada kawan' sering menjadi keutamaan bila bertemu sesama-sendiri. Tetapi sejauh mana kebenaran dalam cerita-cerita berkenaan?

Untuk memberi kita (termasuk saya) panduan mungkin ayat berikut mampu membantu:
"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaummu dengan sebab kejahilan kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan.” (al-Hujuraat:6)
Cuma, janganlah pula selepas ini pembawa berita yang kita tidak senangi menjadi fasik, dan pembawa cerita yang kita sukai menjadi sebaliknya!

Comments

indica said…
Ingatkan mencari al Ghazali...

Ya, kdg-kdg antara kebenaran dan fitnah sukar dikenalpasti. Yg penting jgn terus terima, perlu dikaji, diselidiki sampai betul-betul pasti.
McBudu said…
indica: Yg fasik dan tidak juga sukar dikenalpasti....

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku