Al Fatihah

Semalam, 8 April 2009, isteriku kehilangan seorang kawan sekelasnya ketika bersekolah dahulu. Allahyarham Rozita Jamaluddin, dari Tanjung Malim (menetap di Bangi) meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Besar Neequat, Madinah, selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika menunaikan umrah.

Kejadian berlaku apabila sebuah bas dalam perjalanan dari Jeddah ke Madinah membawa 19 ahli rombongan jemaah umrah Malaysia terlibat dalam kemalangan di Jalan Bir Ali, 40 kilometer dari Madinah pada kira-kira pukul 8.30 pagi 8 April 2009 (1.30 petang waktu Malaysia). Menurut sumber Wisma Putra, rombongan berkenaan baru tiba di Jeddah dari Malaysia dan dikatakan dalam perjalanan ke Madinah untuk ziarah sebelum melakukan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Aku mengenali Allahyarham dan suaminya. Mereka telah menunaikan haji dan kerap mengerjakan umrah. Allahyarham yang baru berumur awal 40an dikhabarkan pergi kali ini untuk menemankan emaknya.

Pemergian Allahyarham secara tiba-tiba memang amat memilukan semua yang mengenalinya. Pun begitu, itulah takdir Ilahi yang tidak boleh diubah walau sesaatpun. Namun walaupun trajis dan menyedihkan, tetapi kematian di sana banyak diimpikan oleh ramai umat Islam, termasuk aku sendiri.

Kepada suami, anak-anak dan keluarga Allahyarham, aku dan keluarga merakamkan sekalung takziah dan bersabarlah dalam menempuhi saat getir yang memilukan ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama kekasih-kekasih Allah.
Al-Fatihah.

Comments

maklang said…
Innalillah hi wa inna ila hirraji'un...

moga rohnya dicucuri rahmat Allah...Amin..

Semuga keluarga beliau tabah menghadapai dugaan yang besar ini..
indica said…
Alfatihah. Takziah buat keluarga arwah.
pB said…
takziah buat keluarga yang terlibat ...



pssttt: tak gie tengok baby Tee ker?
McBudu said…
indica: benih dah tumbuh 4 pokok

pB: Dok sempat lagi....
Al fatihah untuk Almarhumah. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya.

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku