Posts

Showing posts from April, 2009

Luluh hatiku

Betapa tergurisnya hati apabila kepercayaan yang kita berikan, dibalas dengan pengkhianatan. Minyak yang kita tatang penuh, ditumpahkan dengan sengaja. Kebenaran yang kita sangka rupanya kosong belaka. Aku amat sedih kerana diperlakukan begitu. Aku amat kecewa diperlakukan begitu. Remuk luluh hatiku. Hancur lebur jiwaku. Aku teramat sedih.....pedih dan terhiris.

Kampung nan jauh di mata

Image
Last weekend, I was back to where I belong. Balik kampung!



I managed to improve my driving skill through those winding roads.

Revitalized the lungs with purely fresh air.
Treated the nostril with aroma of leaves and flowers.



Brightened the eyes with the softly blended of plentiful natural greens and colors.

Minister to the long-sightedness with picturesque backdrop mountains.



Tuned the ears with the chirping birds, whispering breeze and the running streams.



Massaged the feet to the silky green lawn.



Rejuvenated the body in cold stream.



Augmented body mass with exotic delicacies.



Improve night vision by gazing at the millions stars.



Re-installed moral value by meeting pleasant folks.



And most of all, re-energized the mind, body and soul after a long unhealthy, stressful strides of hazardous working environments.



Oh, what a feeling!



How I wish I could stop the clock from ticking!



And be there a little bit longer

Mencari kebenaran

Kebelakangan ini terlalu banyak berita yang disogokkan kepada kita melalui media-media baharu yang kadang-kala membuat kita bingung samada hendak mempercayainya ataupun tidak. Garisan pemisah antara fitnah dan kebenaran semakin menipis.

Seringkali kita menyebarkan berita yang entah benar entah tidak atau separuh benar melalui pertuturan, e-mail, sms, laman-laman blog, chat room dan sebagainya. Persamaan memfitnah dengan membunuh sikitpun tidak menggerunkan sesetengah dari kita. Berita yang disampaikan bersumberkan cerita dari kawan-kawan, saudara mara dan 'kawan kepada kawan' sering menjadi keutamaan bila bertemu sesama-sendiri. Tetapi sejauh mana kebenaran dalam cerita-cerita berkenaan?

Untuk memberi kita (termasuk saya) panduan mungkin ayat berikut mampu membantu: "Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaummu dengan sebab kejahilan kamu se…

Koleksi Bonsaiku

Image
Ini adalah antara koleksi Bonsaiku yang berumur antara 2 hingga 20 tahun. Kalau tengok gaya, bonsai aku ini jatuh dalam kategori murahan, sebab tak ada shape yang menarik. Dalam malas-malas aku menjaga mereka, panjang juga umur mereka. Belum ada lagi bonsai yang mati dalam jagaanku. Yang hilang adalah......



Bonsai ni dah hampir 15 tahun



Yang ini dah 20 tahun



Ini paling muda, baru 2 tahun



Yang ini aku lupa tarikh lahir, tapi aku agak adalah 5 tahun kot


Ini bari 3 tahun agaknya


Yang ini Midzie minat, tapi aku malas nak trim


Rajin berbunga, tapi kalau tak jaga selalu reput akar.


New Toy

Image
Just bought a DSLR. Medium range. A Nikon D60. Beside the standard lens, I have also bought a long range lens and now is looking for a macro lens or just a macro filter. For those who share the same hobby, please advice!


Al Fatihah

Semalam, 8 April 2009, isteriku kehilangan seorang kawan sekelasnya ketika bersekolah dahulu. Allahyarham Rozita Jamaluddin, dari Tanjung Malim (menetap di Bangi) meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Besar Neequat, Madinah, selepas terlibat dalam satu kemalangan ketika menunaikan umrah.

Kejadian berlaku apabila sebuah bas dalam perjalanan dari Jeddah ke Madinah membawa 19 ahli rombongan jemaah umrah Malaysia terlibat dalam kemalangan di Jalan Bir Ali, 40 kilometer dari Madinah pada kira-kira pukul 8.30 pagi 8 April 2009 (1.30 petang waktu Malaysia). Menurut sumber Wisma Putra, rombongan berkenaan baru tiba di Jeddah dari Malaysia dan dikatakan dalam perjalanan ke Madinah untuk ziarah sebelum melakukan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.

Aku mengenali Allahyarham dan suaminya. Mereka telah menunaikan haji dan kerap mengerjakan umrah. Allahyarham yang baru berumur awal 40an dikhabarkan pergi kali ini untuk menemankan emaknya.

Pemergian Allahyarham secara tiba-tiba memang ama…