Shah Alam, oh Shah Alam

Bandaraya Shah Alam secara tidak rasmi terbahagi dua. Satu di sebelah Bandar, dan satu di sebelah kilang-kilang. Ianya dibahagikan oleh Lebuhraya Persekutuan. Sejak dulu lagi bahagian kilang ini dianak-tirikan. Landskapnya tak cantik, jalannya tak terurus, padang permainannya tak banyak bilangannya dan tak terurus, banyak kawasan semak, kurang tempat rekreasi, kalau bekalan air dan letrik terputus ianya akan mengambil masa yang lama untuk disambung semula berbanding dengan sebelah sana dan lain-lain lagi kekurangan. Dan aku tinggal di kawasan 'underprivileged' ini lah! - bersebelahan kilang-kilang. Tapi itu aku tak pernah komplen, tak pernah merungut. Aku suka tinggal di Shah Alam. Tapi itu dulu. Kini semua keadaannya jauh berbeza. Kebelakangan ini Bandaraya yang mempunyai banyak 'round-about' ini tidak lagi seperti dulu.

Kini Shah Alam dikenali sebagai Bandaraya paling banyak kes Denggi. Mungkin nombor satu di dunia! Sebanyak 16 daripada 51 kawasan 'Hot Spot' wabak denggi di Selangor ada di dalam kawasan Majlis bandaraya Shah Alam (MBSA). Anak aku juga pernah menjadi mangsa.

Itu kes denggi. Kini Shah Alam juga mempunyai jalanraya yang penuh dengan lubang-lubang dan lopak-lopak air bila hujan. Kereta aku kena buat 'allignment' dan 'balancing' lebih kerap sekarang. 'Drive shafts' pun dah mula berbunyi.

Pagi-pagi dan lewat petang jalan juga dah mula sesak terutamanya di kawasan sekitar Kilang Proton dan Coca-cola. Apa tidaknya, itulah satu-satunya jalan yang menghubungkan kawasan Selatan Shah Alam, Subang Jaya dan Puchong dengan pusat bandar Shah Alam!

Kalau dulu Shah Alam ini beridentitikan orang Melayu, kini segala macam bangsa ada Myammar, Bangladesh, Vietnam, Warga India, Warga Cina, Nepal, Pakistan, Filipina, Warga Afrika dan Indonesia usah cakaplah. Shah Alam dah 'go international !' Kalau pergi ke Seksyen 15 (Taman Seri Muda) kita akan berasa seperti berada di negara asing. Kita pula merasakan yang kita seolah-olah rakyat asing di sini!

Pasar malam juga dah naik taraf internasional. Peminta sedekah pun internasional. Cubalah naik bas rapid KL, bermacam bau ada. Ada kari, ada bakso, ada dal dan bermacam lagi. Internasional!

Taman permainan kanak-kanak juga dipenuhi oleh orang dewasa 'expatriate' ini, samada bercengkerama atau bergebang sesama mereka. Maka rosak dan punahlah peralatan mainan kanak-kanak di situ. Semua dilakukan oleh sendiket internasional !.

Tuan-tuan punya kedai dan restoren juga tidak ketinggalan merebut taraf 'global' ini dengan menginternasionalkan pekerja-pekerja mereka. Kekadang pekerja-pekerja ini lebih sudu dari kuah, laki orang pun sempat dioratnya.

Gerai-gerai kecil tepi jalan bercambah, tapi bertaraf internasional tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ada jual jambu, ada jual goreng pisang dan ada jual satay. Eloklah bersembang dulu dengan yang empunya gerai, untuk sahkan identitinya. Manalah tau takut-takut terbeli satay anjing!

Tahap kriminal juga meningkat. Pecah rumah biasa. Curi kasut biasa. Curi basikal biasa. Pecah kereta curi duit syiling juga biasa. Yang luar biasa seperti tangkap orang tengah berjalan, suruh berbogel dan ambil gambar pun ada! Luar biasa? Internasional!

Di Shah Alam juga, anak-anak kecil warga tempatan pula serendah 5-6 tahun dah memecut motosikal ke hulu ke hilir. Usahkan lesen, topi keledarpun tak pakai. Kecil-kecil dah mahir bawa motorsikal, itu kemajuan ! Bila berlanggar dengan kita, mak bapak mai rumah serang kita. Kita salah walaupun budak tu langgar kita sebab dia tu budak kecil !. Human rights...!

Teksi-teksi pulak sejak dulu lagi caj ikut suka mak bapak dia orang je. (Pasaran bebas) Tak pernah jumpa teksi Shah Alam pakai meter. Kalau adapun tutup meter dengan topi. Bila ada orang kata nak lapor, depa sengih aje....kebal lah tu, atau teksi haram (kot).

Mat rempit pun dah bertambah populasinya. Hujung minggu je beratus Mat rempit dan Minah rempit berkumpul di Dataran Shah Alam (rekreasi). Kita nak bawa anak-anak kecil bersantaipun gerun, takut kena lutu dengan motor. Bila malam minggu pula ada je racing motor ke racing kereta ke kat Seksyen 26 dan 27. Hati-hati kalau memandu selepas jam 12 malam di Shah Alam, terutama malam cuti atau hujung minggu.

Itulah antara lain keadaan Shah Alam kebelakangan ini. Kalau dulu Shah Alam ini ibarat satu lambang kehidupan dalam kedamaian, kini tidak lagi. Mungkin aku silap. Mungkin aku semakin tua, dan banyak merungut. Mungkin hanya aku berfikiran negatif sedemikian. Mungkin orang lain tidak. Aku tak pasti. Entahlah, mungkin aku patut mempertimbangkan satu tempat yang lebih damai. Aku sedang mempertimbangkan beberapa tempat. Tempat yang indica pernah sampai dan makan telur ayam kampung itu juga salah satu opsyen yang sedang aku pertimbangkan.


Comments

CakLam said…
Shah Alam - saya pernah tinggal di sana pada Tahun 1998. Sekarang dah berbeza.
McBudu said…
Caklam: Sesekali datang lah tukar angin....
Masy said…
alahai betulnya kata2 ni sume.. sy pon dok shah alam jugek huhu. tp apepun, ttp suka jgk dok s alam. hehe
McBudu said…
Masy: Kalau bab makan2 shah alam best kan.....
indica said…
Aku suka S.Alam, especially kawasan seksyen 2, 6, 7, 11, taman tasik etc. Kawasan rumah ko pun ok. Tempat2 makan kat S. Alam pun banyak..kalu dtg S. Alam tak lapar le.
McBudu said…
Indica: dah awat hang tak mai s.alam
pB said…
apa yang McBudu tulis nie semuanya BENAR BENAR Belaka ....

Nampak sangat bezanya Seksyen 7 dengan Seksyen 18 nie
Riez said…
Huh dengar ja Shah Alam akan terbayang kat otak aku :-

1)Jalan berlubang sana sini.Macam nak runtuh keta kalau lalu.

2)Bersepah foreigner kat mana2 pun ada depa ni

3)Dah bertahun dah area proton tu sesak.PBT buat2 buta ker tak amik apa2 action
Anonymous said…
Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku