Kepada Allah kita memohon

Semalam 9 Mac 2009 pukul 5 petang kami sekeluarga melawat seorang kanak-kanak perempuan Tengku Hanis, 12 tahun rakan sekelas Nur Dalila anak ke dua aku. Tengku Hanis dijangkiti demam Denggi sedang menerima rawatan di Selangor Medical Center, Shah Alam sejak Jumaat lepas. Semalam (9 Mac 09) doktor mengesahkannya menghidap Denggi Berdarah peringkat antara 2 dan 3. Plateletnya telah turun mencecah kiraan 22. Agak pantas penurunannya menurut kata doktor. Anak kecil ini kelihatan gembira menerima kunjungan rakan-rakan sekelasnya. Masih mampu bergurau, tersenyum dan ketawa .

Pukul 9 malam tadi kami mendapat khabar yang anak kecil ini telah dimasukkan ke wad ICU kerana keadaannya bertambah buruk. Sehingga entri ini ditulis (10.30 pagi 10/3/09) anak kecil ini masih berada di ICU dan emaknya berkata " Hanis is fighting". Aku tak sanggup dan tak mahu menterjemahkan perkataan itu kepada bahasa Melayu. Mungkin kerana aku mempunyai anak perempuan yang sebaya, aku amat tersentuh. Aku dapat merasakan betapa beratnya tekanan perasaan yang dialami ibu bapa dan keluarga Hanis ketika ini. Kami sekeluarga hanya dapat menghulurkan simpati di samping doa agar Allah menyembuhkan Hanis dengan segera dan dapat bersama-sama rakan-rakannya di sekolah secepat mungkin.

Kepada kedua ibu bapa Hanis dan semua ahli keluarganya kami berasa amat simpati dan berharap semoga bersabar menghadapi ujian yang getir ini.

Kepada kawan-kawannya, keluarga mereka dan kami sekeluarga, teruskan berdoa agar Hanis cepat sembuh. Hanya Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Mendengar doa kita semua. Jangan berhenti berdoa, semoga anak kecil ini kembali sihat dan cergas seperti dahulu. Amin.


UPDATE
13 Mac 2009

Syukur Alhamdulillah lewat semalam adik Hanis telah keluar daripada ICU dan diletakkan di wad biasa. Plateletnya telah naik kepada 62. Masih dalam perhatian, tapi lazimnya pengidap denggi akan sembuh sebaik sahaja plateletnya naik kembali. Terimakasih kepada yang perihatin dan sama-sama berdoa.

UPDATE 16 Mac 2009

Alhamdulillah. Hanis, 11 tahun sudah dibenarkan keluar dari hospital semalam, 15 Mac 2009. Kepada anda semua yang sama-sama berdoa, warga SEMALU mengucapkan jutaan terimakasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Comments

pB said…
hati sayu baca entry nie

moga adik ini cepat sembuh
McBudu said…
Dia masih di ICU setakat Mac 11 09, jam 11.22 mlm
My prayers to Hanis for her speedy recovery. InshaAllah. Semoga keluarganya juga tabah.
McBudu said…
OSH: Thanx for the prayer. It helps this little girl to a speedy recovery. Thanx again!
indica said…
Alhamdulillah. Semoga adik Hanis kembali ceria ke sekolah dan meneruskan kehidupan ini penuh kesejahteraan dan kebahgiaan.

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku