Al Fatihah buat Sdr Zubir Ali

Zubir Ali seorang penyanyi dan komposer terkenal, tetapi aku lebih mengenalinya sebagai seorang penyair lagu jiwa yang menyanyi dan mencipta lagu menggunakan hati nurani. Lagu-lagunya mudah difahami tapi membawa mesej yang amat berkesan kepada yang mencari kebenaran. Allahyarham Zubir Ali meninggal pada usia 60 tahun di Damansara Specialist Hospital pada pukul 10.30 pagi hari Jumaat 6 Mac 2009 akibat komplikasi selepas pembedahan pintasan kronori jantung seminggu yang lalu.

Pengasas Kumpulan harmoni ini mula ku kenal sewaktu kawanku Mohd Noor membawa "demo tape" dari Kumpulan harmoni yang masih belum dilancarkan dari UiTM Shah Alam. Lagu-lagu Penantian, Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang, Doa dan lain-lain begitu mudah menawan hati-hati kami ketika itu. Lagu-lagu itu sering dinyanyikan secara berkumpulan di tangga-tangga hostel waktu menunggu giliran mandi di bilik air yang satu.

Gambar ikhsan Badan Kesenian dan Kebudayaan Pahang.

Malaysia kehilangan seorang lagi penyair berwibawa yang sukar dicari ganti. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Alfatihah.

Comments

indica said…
Sememangnya, pemergian seseorang yg kita kenal membuat kita tersentak dan terasa suatu kehilangan. Juga menyedarkan sekali lagi betapa kehadiran kita di alam fana ini sangat sementara.

Aku juga mengenalinya melalui lagu-lagu puisi Kumpulan Harmoni yang santai dan agak menyentuh seperti Penantian, Doa, Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang etc. yg juga diperkenalkan oleh seorang kawan yg juga bernama Mat Nor.

Semoga rohnya dicucuri rahmat. AlFatihah.
McBudu said…
indica: Kebetulan kita diperkenalkan kepada Allahyarham oleh orang yang serupa namanya.....
Pak Yob said…
Alfatihah...siapa sangka dikala lagu dendangan arwah.."Balada Gadis kecil" sedang acap berkumandang di tv, pemilik suara emas itu pergi meninggalkan kita serta gadis kecil bernama munir yang dilagukan itu.
McBudu said…
PakYob: Lagu itu sinonim dgn perjuangan menentang zionis yang berterusan.

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku