Posts

Showing posts from March, 2009

Ekonomi yang menakutkan

Tajuk ini mungkin paling membosankan, namun ianya amat penting untuk memahami di manakah kita akan berada jika keruntuhan sistem ekonomi ini berlaku dan semestinya merupakan survival kita rakyat Malaysia.

Negara kita pernah mengalami kegawatan ekonomi sebelum ini, dan jarak antara satu kegawatan dengan yang lain hampir sepuluh tahun. Kegawatan memang realitinya patut berlaku untuk meremajakan ekonomi sesebuah negara, tetapi setiap kegawatan akan diiringi oleh satu kepahitan yang harus ditelan oleh hampir setiap lapisan masyarakat.

Kegawatan ekonomi kali ini bukanlah sesuatu yang biasa. Ianya melanda seluruh dunia dan merupakan paling buruk pernah berlaku, lebih buruk daripada kegawatan zaman "The Great Depression".

Kegawatan kali ini bermula di Amerika Syarikat, negara ekonomi terbesar dunia, negara yang mempunyai pakar-pakar ekonomi terbanyak serta negara yang bermegah dengan sistem kewangan liberalnya. Bank-bank besar dan ternama runtuh satu persatu dan sudah tidak dipercaya…

Shah Alam, oh Shah Alam

Bandaraya Shah Alam secara tidak rasmi terbahagi dua. Satu di sebelah Bandar, dan satu di sebelah kilang-kilang. Ianya dibahagikan oleh Lebuhraya Persekutuan. Sejak dulu lagi bahagian kilang ini dianak-tirikan. Landskapnya tak cantik, jalannya tak terurus, padang permainannya tak banyak bilangannya dan tak terurus, banyak kawasan semak, kurang tempat rekreasi, kalau bekalan air dan letrik terputus ianya akan mengambil masa yang lama untuk disambung semula berbanding dengan sebelah sana dan lain-lain lagi kekurangan. Dan aku tinggal di kawasan 'underprivileged' ini lah! - bersebelahan kilang-kilang. Tapi itu aku tak pernah komplen, tak pernah merungut. Aku suka tinggal di Shah Alam. Tapi itu dulu. Kini semua keadaannya jauh berbeza. Kebelakangan ini Bandaraya yang mempunyai banyak 'round-about' ini tidak lagi seperti dulu.

Kini Shah Alam dikenali sebagai Bandaraya paling banyak kes Denggi. Mungkin nombor satu di dunia! Sebanyak 16 daripada 51 kawasan 'Hot Spot' …

Kepada Allah kita memohon

Semalam 9 Mac 2009 pukul 5 petang kami sekeluarga melawat seorang kanak-kanak perempuan Tengku Hanis, 12 tahun rakan sekelas Nur Dalila anak ke dua aku. Tengku Hanis dijangkiti demam Denggi sedang menerima rawatan di Selangor Medical Center, Shah Alam sejak Jumaat lepas. Semalam (9 Mac 09) doktor mengesahkannya menghidap Denggi Berdarah peringkat antara 2 dan 3. Plateletnya telah turun mencecah kiraan 22. Agak pantas penurunannya menurut kata doktor. Anak kecil ini kelihatan gembira menerima kunjungan rakan-rakan sekelasnya. Masih mampu bergurau, tersenyum dan ketawa .

Pukul 9 malam tadi kami mendapat khabar yang anak kecil ini telah dimasukkan ke wad ICU kerana keadaannya bertambah buruk. Sehingga entri ini ditulis (10.30 pagi 10/3/09) anak kecil ini masih berada di ICU dan emaknya berkata " Hanis is fighting". Aku tak sanggup dan tak mahu menterjemahkan perkataan itu kepada bahasa Melayu. Mungkin kerana aku mempunyaianak perempuan yang sebaya, aku amat tersentuh. Aku dapat …

Al Fatihah buat Sdr Zubir Ali

Image
Zubir Ali seorang penyanyi dan komposer terkenal, tetapi aku lebih mengenalinya sebagai seorang penyair lagu jiwa yang menyanyi dan mencipta lagu menggunakan hati nurani. Lagu-lagunya mudah difahami tapi membawa mesej yang amat berkesan kepada yang mencari kebenaran. Allahyarham Zubir Ali meninggal pada usia 60 tahun di Damansara Specialist Hospital pada pukul 10.30 pagi hari Jumaat 6 Mac 2009 akibat komplikasi selepas pembedahan pintasan kronori jantung seminggu yang lalu.

Pengasas Kumpulan harmoni ini mula ku kenal sewaktu kawanku Mohd Noor membawa "demo tape" dari Kumpulan harmoni yang masih belum dilancarkan dari UiTM Shah Alam. Lagu-lagu Penantian, Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang, Doa dan lain-lain begitu mudah menawan hati-hati kami ketika itu. Lagu-lagu itu sering dinyanyikan secara berkumpulan di tangga-tangga hostel waktu menunggu giliran mandi di bilik air yang satu.

Gambar ikhsan Badan Kesenian dan Kebudayaan Pahang.

Malaysia kehilangan seorang lagi penyair berwibaw…