Rempah ratus kehidupanku

Pernah sekitar tahun 1995 aku hilang pekerjaan selepas syarikat tempat aku bekerja ditutup. Walaupun isteri bekerja, namun sebagai suami dan ketua keluarga, mencari rezeki itu wajib. Untuk itu, aku membuat apa-apa sahaja kerja yang halal.

Satu hari aku berjumpa seorang kawan kepada kawan aku. Dia bekerja di sebuah syarikat utiliti yang besar. Dia menawarkan kerja memotong rumput di kuarters eksekutif milik syarikat tempat dia bekerja. Dia mempunyai sedikit kuasa memberikan kerja itu rupanya. Aku tanpa banyak soal bersetuju.


Memandangkan keuntungan kerja itu sedikit, aku bersama dua orang lagi kawan membuat kerja-kerja itu sendiri tanpa mengupah pekerja. Kerana kesempitan wang, kami menyewa sahaja mesin-mesin rumput daripada seorang kontraktor pembersih kawasan. Kami bertiga menggalas sendiri mesin-mesin rumput dan mula memotong rumput di sekitar bungalow-bungalow milik jurutera-jurutera syarikat berkenaan.

Isteri kami masing-masing membekalkan makanan untuk kami berkongsi makan ketika bekerja. Seminggu kami menyudahkan kawasan berkenaan. Datang kerja awal subuh dan balik hanya apabila langit melabuhkan tirainya.

Makan di bawah pokok, solat di bawah pokok dan air paip sebagai penghilang dahaga. Walau penat dan seluruh badan sakit-sakit namun kami amat seronok melaksanakan kerja berkenaan kerana apabila kami selesai, kami akan mendapat keuntungan sekitar RM1,000 seorang.

Aku sudah berkira-kira untuk membeli baju baharu buat anak sulungku yang masih kecil ketika itu. Malah semangatku bekerja memotong rumput amat kuat bila membayangkan wajah-wajah isteri dan anakku. Tidak terasa terik matahari dan peluh yang membasah baju.

Seminggu berlalu, kawasan berkenaan telah siap dengan kemas dan rapi. Seorang pegawai syarikat berkenaan telah memeriksa dan meluluskan bayaran. Kami sangat gembira.

Seminggu kemudian kawan kepada kawan aku yang bertanggungjawab menolong mendapatkan kerja potong rumput ini memberitahu cek telah sedia dan kami diminta bertemunya untuk diambil.

Alangkah terkejutnya aku apabila kami diminta memberinya RM1,500 sebagai imbuhan mendapatkan kerja berkenaan. Ini bermakna kami hanya mendapat baki RM1,500 untuk dibahagi tiga!

Aku cuba merayu agar memberi kami lebih, namun dia tetap bertegas dengan mengatakan apa yang dia ambil itu dah kira sedikit kerana kami "kawan" dia! Kalau orang lain dia akan ambil lebih, katanya! Aku tersentap. Baju baharu anak aku dah tak kelihatan dalam kepala aku. Aku hanya ada RM500 sahaja.....

Waktu itu aku nampak mamat ni semakin kecil, mau sahaja aku hentak mukanya biar pecah berkecai. Seorang kawan aku menenangkan keadaan dan berkata "...kalau inilah sahaja rezeki yang Allah bagi, kita terima sahaja lah, mungkin ada rezeki kita di tempat lain...." Bagai nak berderai airmata aku ketika itu menginsafi perkara yang berlaku tambahan pula apabila menjiwai nasihat seorang kawan yang amat ikhlas walaupun telah diiniayai....

Mungkin kerana kekecohan yang timbul, kami tidak dipanggil lagi untuk membuat kerja berkenaan dibulan-bulan berikutnya....!


Nota: Dua orang kawan yang bersama-sama aku menggalas mesin potong rumput ketika itu telah meninggalkan aku buat selamanya. Saat-saat kita bersama bermandi peluh, bersantap nasi goreng kosong dan menerima jus air paip sebagai penghilang dahaga paling eksotik, tidak mungkin aku lupakan sehingga akhir hayat. Alfatihah buat Hassan Rijal dan Mustafa Mahmod. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.

Comments

indica said…
Tak sangka ko pernah buat kerja tu..kat kampong aku diorang panggil pilot heli.....kalau nampak dek workers lama ko kat Kerling/kalumpang tu gerenti depa terkejut..

nasib baik ko tak apa2kan mamat lintah darat tu..itulah asam garam kehidupan..syukur, pengalaman mengajar kita.
Aku pun pernah buat kerja-kerja seangkatan dgn kerja ko tu..tapi belum sempat nak cerite lagi..
McBudu said…
Bila kita buat kerja-kerja macam tu baru kita tahu mengapa mereka cepat naik angin bila ada masalah... sebab mereka sebenarnya penat buat kerja dengan sepenuh kudrat yang ada, bermandi peluh... tiba-tiba bila ada masalah mereka dah sukar nak kawal perasaan!
Purpleheart said…
Sayunya ati bila baca kisah ni. Pada yang pernah merasai susah pasti akan tahu betapa susahnya untuk senang.
Pak Yob said…
McBudu ko memang patut jadi Icon pada mereka2 yang kena berenti kerja...hidup perlu diteruskan...
McBudu said…
Perpleheart: Memang susah untuk senang....hi hi

PYob: hidup perlu diteruskan walau apa halangannya...betul tu
halligang said…
waahhh..sedey baca cerita kau tu, i'll be contacting u utk buat appointment tak lama lagi to discuss our project.
Takkan papa kita dengan rezeki halal yang Tuhan bagi walaupun sedikit. Takkan kaya dia dengan duit yang haram. Janji Allah adalah benar belaka. Salute bro.!
tee said…
didn't know that u knew aruah hasan rijal way back..

al-fatihah to two of them..

on the other hand, tak patut la kawan u tu buat cam tu... tak de hati perut langsung... hidup lagi ke dia tu?
McBudu said…
Halligang : I'm looking forward to the meeting

OSuperhero: Youa re right, rezeki yang kita terima drp jerih peluh sendiri amat besar nikmatnya, walau sedikit jumlahnya.

Tee: Rijal was laid off together with me earlier, btw that 'friend' considered gone, but I dah halalkan segalanya.
McBudu said…
Halligang : I'm looking forward to the meeting

OSuperhero: Youa re right, rezeki yang kita terima drp jerih peluh sendiri amat besar nikmatnya, walau sedikit jumlahnya.

Tee: Rijal was laid off together with me earlier, btw that 'friend' considered gone, but I dah halalkan segalanya.
Anonymous said…
Das glaubst du ja selbst nicht

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku