Posts

Showing posts from February, 2009

Rempah ratus kehidupanku

Image
Pernah sekitar tahun 1995 aku hilang pekerjaan selepas syarikat tempat aku bekerja ditutup. Walaupun isteri bekerja, namun sebagai suami dan ketua keluarga, mencari rezeki itu wajib. Untuk itu, aku membuat apa-apa sahaja kerja yang halal.

Satu hari aku berjumpa seorang kawan kepada kawan aku. Dia bekerja di sebuah syarikat utiliti yang besar. Dia menawarkan kerja memotong rumput di kuarters eksekutif milik syarikat tempat dia bekerja. Dia mempunyai sedikit kuasa memberikan kerja itu rupanya. Aku tanpa banyak soal bersetuju.


Memandangkan keuntungan kerja itu sedikit, aku bersama dua orang lagi kawan membuat kerja-kerja itu sendiri tanpa mengupah pekerja. Kerana kesempitan wang, kami menyewa sahaja mesin-mesin rumput daripada seorang kontraktor pembersih kawasan. Kami bertiga menggalas sendiri mesin-mesin rumput dan mula memotong rumput di sekitar bungalow-bungalow milik jurutera-jurutera syarikat berkenaan.

Isteri kami masing-masing membekalkan makanan untuk kami berkongsi makan ketika b…

Suara dari hati

Paul Potts, jurujual telefon bimbit, hanyalah seorang insan biasa, tiada rupa tiada gaya. Industri musik di Malaysia mungkin mengketogarikan Paul ini sebagai tidak cukup 'package' sebagai penyanyi, namun Paul Potts sebenarnya salah seorang antara berjuta, seorang insan berbakat luarbiasa yang menyanyi dari hati. Kalau berdasarkan undian SMS di Malaysia, beliau pasti akan kecundang di pusingan pertama lagi.

*All copyrights acknowledged.