Tak nak boikot SUDAH!

Loya tekak aku bila ada manusia-manusia mempersoalkan gerakan memboikot barangan Amerika dengan alasan tindakan ini boleh mendatangkan lebih keburukan dari kebaikan. Getik apabila ada cerdik-pandai yang konon pakar ekonomi mengatakan Malaysia akan muflis jika memboikot barangan Amerika! Aku kurang pandai ekonomi, tapi aku amat simpati dengan Rakyat Palestin. Pendapat aku yang bodoh ni, jika kita mampu berjuang bersama mereka dan mati syahid, adalah lebih baik. Kalau tak boleh, carilah sesuatu yang mungkin dapat membantu. Walaupun kecil, namun kita tetap berbuat sesuatu bagi saudara Islam kita di Palestin.

Mengapa kita sibuk memikirkan Rakyat kita yang bekerja dengan syarikat Amerika? Kalau takdirnya mereka kena berhenti kerja, kalau takdirnya Malaysia muflis, kita patut berasa bangga kerana semua itu akibat pengorbanan kita kepada saudara se Islam kita! kalau ditakdirkan kita terpaksa makan ubi kayu sekali lagi, apa salahnya demi saudara seIslam kita!

Ini tidak, dahlah takut untuk berjihad, derma pun tidak, orang lain nak boikot, macam-macam pulak dia kata. Macam-macam teori pulak dikeluarkan. Kalau dah kebendaan itu penting sangat kepada kamu, kamu dan kamu.....please, kalau orang lain nak buat sesuatu, nak boikot ke, nak kutip derma ke, nak apa ke demi saudara mereka di Palestin, kamu jangan kutuk.

Kalau kamu tak sanggup nak tinggalkan Coke, McDonald, Burger King dll, LANTAK lah makan, jangan pulak orang lain nak kamu ajak sekali!

Satu lagi nak bagi ingat, kalau kamu tak sanggup nak tinggalkan makanan kegemaran kamu, janganlah pulak nak keluarkan teori-teori yang bukan-bukan. Janganlah pulak salahkan orang lain atau syarikat itu patut buat ini dan syarikat ini patut buat itu. Lantak merekalah! Ini adalah perjuangan semua umat Islam yang insaf akan penderitaan saudara mereka di Palestin. Kamu tak nak ikut serta, boleh Blah!

Cuba lihat di sekeliling kita, ada orang bukan Islam yang memboikot barangan Amerika? Ada bukan Islam mengutuk Israel? Ada lah dua tiga orang....itupun depan kita je kot... Jadi siapa lagi kita nak harapkan?

Jadi bagi mereka-mereka yang perasan pakar ekonomi tu, bagilah nasihat untuk anak isteri dan keluarga sendiri sahaja. Kalau tak nak boikot sudahlah, dan boleh BLAH!


Comments

indica said…
aku sokong ko. Takde kebulur nye kalu tak makan produk sekutu israel tu..aku dah lama tak jamah McD, coke tu..domino pizza pun tak pernah makan.


Continued from yr previous entry:-

hehe..nampaknya memory aku ok lagi sbb masih ingat CT Aminah tu...matnor pun pernah teruja..
Pasal Jamie tu..hahah..aku rasa yg ko ingat tu Jamie size L..bukan jamie manjoi .. Jamie saiz L tu pernah kejar aku sbb aku tegur tapak tangan dia yg ada tulis notes exam..masa tu nak masuk exam. hehe...
McBudu said…
imdica: Aku ingat dua-dua Jimie yop! Edah pun!
maklang said…
memang betul lah tu...kalau tak mau boikot sudahlah...kita masih nak boikot, kita boikotlaa..

apa2 pun kita doakan semoga Allah menolong saudara seIslam kita di sana..
McBudu said…
Yelah Maklang, Selamat Tahun baru Cina. tahun lembu ni... tinggi kolesterol! he he
linda aka konda said…
wah..
love this entry very much
seem it's from my deeply heart..

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku