Kawanku untuk Palestin

Pagi tadi minum dengan seorang kawan, Khairil Annuar, lebih mesra dengan pangillan Ein dikalangan teman-teman rapat. Ex UiTM Arau, pelajar DBS, junior aku sikit tapi umur sama je. Inilah antara kawanku yang telah merantau ke seluruh pelusuk dunia, bukan melancung, tapi mencurah khidmat bakti hampir 24 tahun dalam misi kemanusiaan. Sehingga isterinya pun ditemuinya di Front Line di Bosnia!.
Khairil Annuar

Mendengar cerita daripadanya membuat kita insaf akan penderitaan makhluk Allah di seluruh pelusuk dunia yang mengalami tragedi dan malapetaka maha dahsyat. Melayari gambar-gambar di dalam notebooknya mendedahkan kita kepada kengerian yang amat dahsyat yang tidak pernah kita fikirkan. Kengerian akibat perbuatan kejam manusia dan juga bencana alam.

Melihat catatannya pula membuat kita insaf akan betapa bertuahnya bumi Malaysia dan betapa takutnya bila mula melihat akan perpecahan kaum yang telah mula berlaku, kerana hampir setiap konflik antara manusia di dunia bermula dengan perpecahan perpaduan antara kaum.
Di Bosnia, konflik antara bangsa Serb dan Bosnia, di Somalia konflik antara dua fahaman politik sesama bangsa, di Afgan konflik antara ketua-ketua kumpulan ethnik kaum, di Myammar konflik antara beberapa fahaman politik sesama kaum, di Thailand konflik antara bangsa Thai dan Melayu, di Ambon konflik antara penganut Kristian dan Islam, di India konflik antara penganut Hindu dan Islam yang mana kesemuanya mengakibatkan kekejaman berlaku sesama manusia yang kekadang tidak pernah terfikir oleh kita yang waras fikiran.
Akibat daripada pertelingkahan sesama bangsa ini, kuasa asing mengambil peluang untuk masuk melakukan kekejaman yang amat tidak beretika. Begitu jugalah di Gaza. Pertelingkahan antara puak Fatah dan Hamas telah merintis jalan kepada Israel menyerang Gaza yang dihuni oleh Hamas. Negara Amerika dan beberapa Negara Arab berhaluan kanan hanya seolah-olah membiarkan sahaja penduduk Gaza di sembelih kerana mereka juga membenci golongan Hamas ini! Golongan Fatah di tebing Barat pula membiarkan sahaja saudara sesama bangsa mereka diganyang oleh yahudi.

Saudara Khairil akan ke Palestine esok, 19 Januari 2009 dengan penerbangan Egypt Air pukul 10 malam. Misinya kali ini adalah untuk menyediakan infrastruktur bagi menyalurkan bantuan dari Kerajaan dan Rakyat Malaysia kepada Rakyat Gaza yang tersiksa akibat kekejaman Rejim Israel.

Sebagai seorang veteran dibidang bantuan kemanusian, saudara Khairil telah menyaksikan dengan matanya sendiri dari lokasi kejadian bagaimana rmanusia tidak bersalah disembelih di Sarajevo, Uzbekistan, Aghanistan, Somalia, Selatan Thailand, Filipina, Ambonia dan Crotia. Kebuluran di Kemboja, Afrika dan India. Bencana alam di Acheh, Sri Lanka, Thailand, Pakistan, Iran dan lain-lain.

Banyak fakta yang beliau huraikan berkenaan konflik seluruh dunia yang sebahagiannya amat sensitif untuk disiarkan. Tetapi kesimpulannya semua konflik yang melibatkan pembunuhan bermula daripada perpecahan ikatan dan perpaduan sesuatu bangsa itu sendiri. Semoga ianya tidak berlaku di Malaysia, tanah air yang ku cintai.

Comments

pB said…
semoga tidak berlaku benda benda begini di negara kita nie ...
indica said…
Aku rasa aku ingat Khairul Anwar ni..tapi tak pernah bercakap. Batch dia yg aku pernah cakap si Edah budak pengkalan pegoh, Jamie (manjoi)...tu pun balik kampong naik keretapi sama-sama.. Siti Aminah pun batch dia kan? klasik...

Bagus dapat buat kerja kemanusiaan ni..aku dulu pernah nak cuba, tapi tak terbuat..
McBudu said…
Tak kan Ko tak ingat Ein Kana.... Jamie tu sapa pun ingat...Ct Aminah mana lak...aku tak ingat! tapi jangan lupa budak sg petani tuh.. kristie mc nicole ke ape, yang bengang tu Rozaki dok kacau je....
maklang said…
Salam...lompat dari pB tadi...

moga misi berjaya..InsyaAllah..
5er_dragon said…
insyaallah, uncle ein selamat...
McBudu said…
maklang : Thanks

5er: InsyAllah, sama kita doakan.
Anonymous said…
Assalamualaikum, I pernah terjumpa Khairil Anwar kat Uzbekistan...memang terkejut..tak sangka ..Ein Kana yg dulu nakal kat Uitm Arau dah jadi pejuang kemanusiaan...I do not know u..tapi seronok dapat share something in commmon....

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku