Husin dan Bidin rupanya......!

Ramai kawan-kawan yang seronok sangat bila Obama jadi Presiden Amerika. Aku pun tak tahu mengapa. Nak kata mereka ni berjiran tak pulak, nak kata bersaudara jauh sekali. Yang nyata mereka gemar sangat mengulang-ulang nama Hussein di tengah-tengah nama Obama tuh.

Husin - kulit gelap, gigi putih

Timbalan Presiden pula nama nya Biden. Eloklah tu Husin dengan Bidin! Patutlah orang Melayu suka bebenor!. Barulah aku faham. Tapi usahlah menaruh harapan yang menjulang kepada Husin dan Bidin ni kerana mereka naik pun atas tiket Yahudi, bantuan kewangan Yahudi, pegawai kanan dan rakan karib mereka pun Yahudi.

Bidin - kulit cerah, gigi pun cerah

Yang membezakan Husin dengan Bush (semak) adalah warna kulit sahaja, hati mereka kita tak tahu. Bak kata kawan aku yang baru balik dari Mekah " Apalah yang kita nak harapkan daripada seorang MURTAD..! Aduh terkedu aku...! bisa sungguh pak haji ni.....tapi aku tetap menaruh sedikit harapan. Kalau hatinya juga hitam macam Bush apa nak buat, bukan kita yang mengundi dia.... tapi sekurang-kurangnya gigi dia putih ........

Comments

Pak Yob said…
teringat lagu Michael Jackson"..bidin....bidin...it doesnt matter...just bidin...bidinnnnnn..."
indica said…
Dulu kat tempat kerja lama aku ada nama husin..dah berhenti lama dah.. org panggil dia husin capang..sbb telinga capang. Husin yg ni pun aku tgk capang gak..ntah-ntah dia kot!!

Haha..Aku pun ingat lagu 'bidin, bidin..' versi melayu tu...kelakar. Saper punya lagu tu ye..
McBudu said…
indica: The incarnation of husin... ha ha. Gong Xi Fa Chai Yob!
Pak Yob said…
mcbudu: tapi aku rasa obama ni sebenornya reincarnation dari "Bushman" dalam cerita God Must be Crazy tu...
McBudu said…
Pakyob: Aku pun baru nak cakap!
superior said…
Although there are differences in content, but I still want you to establish Links, I do not
fashion jewelry

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku