Boikot mula menampakkan kesan

Nampaknya gerakan memboikot jenama yang menyumbang kepada Yahudi mula memberi kesan. Pagi tadi bila menatap akhbar, ada sebuah artikel berbayar yang menerangkan bahawa walaupun syarikat asing tapi mereka banyak berbakti kepada rakyat Malaysia dan dalam bahasa yang tersirat "jangan boikot kami!".

Malam tadi aku mendengar dengan jelas suara hati seorang ibu Palestin yang berkata
" Saya telah kehilangan anak lelaki pertama saya yang syahid di medan pertempuran dengan musuh Allah. Kini seorang lagi anak lelaki saya sedang berjihad. Saya tidak pernah kesal dan sedih kerana mereka di jalan yang benar dan syurga Allah menanti mereka yang syahid "

Seorang lagi ibu Palestine memberitahu
" Kami tidak pernah takut atau gentar akan peluru Israel. Jika takdirnya semua lelaki Palestin syahid dibunuh Yahudi, kami kaum wanita sentiasa rela untuk memikul senjata, berjihad mempertahankan agama Allah "

Seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia 8 tahun pula berkata
" Kami tidak pernah takut akan Yahudi. Siapa mereka berbanding Allah! "

Inilah antara luahan isi hati Rakyat Palestin yang tertindas dan dikejami Yahudi. Kita di Malaysia ramai yang takut akan hilang pekerjaan jika memboikot barangan jenama tertentu, sedangkan saudara Islam kita di Palestin mempertaruhkan nyawa untuk agama Allah dan tidak sedikitpun rasa gentar. Lihatlah betapa lemahnya kita. Andaikata orang Islam di Malaysia diserang pada hari ini, sanggupkah kita berjihad seperti Rakyat Palestin?

Hakikatnya kita umat Islam di Malaysia telah hanyut terlalu jauh dibawa arus kebendaan dan kemewahan. Hakikatnya majoriti perjuangan menegakkan Islam di Malaysia hanyalah retorik untuk memenuhi impian keduniaan semata-mata. Jika perjuangan untuk Islam boleh diberi markah 1(paling rendah) hingga 10 (paling tinggi), di mana kah kedudukan kita umat Islam di Malaysia?

Comments

ya, mungkin kita terlalu jauh hanyut dalam kesenangan.
McBudu said…
OS: semoga Allah pelihara kita dalam keadaan sejahtera selamanya.
Pak Yob said…
McBudu: memang perasan iklan huruf "M" tu...
linda aka konda said…
Allahuakbar!! saiye da lame xmakan mcD..:)
pB said…
Tak leh makan burger McD.

Kita makan burger Ramli ...

tak gitu
McBudu said…
PB:Jimat pun jimat, tak gitu!
tee said…
dat's why now this M buat promotion value meal - price now is at RM5.69 or was it RM5.99...compared from the previous one was priced at RM9.00 ++ ..

but this promo valid only during weekdays from 12 -3 pm..

memang berkesan kempen itu..

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku