Posts

Showing posts from January, 2009

Boikot mula menampakkan kesan

Nampaknya gerakan memboikot jenama yang menyumbang kepada Yahudi mula memberi kesan. Pagi tadi bila menatap akhbar, ada sebuah artikel berbayar yang menerangkan bahawa walaupun syarikat asing tapi mereka banyak berbakti kepada rakyat Malaysia dan dalam bahasa yang tersirat "jangan boikot kami!".

Malam tadi aku mendengar dengan jelas suara hati seorang ibu Palestin yang berkata " Saya telah kehilangan anak lelaki pertama saya yang syahid di medan pertempuran dengan musuh Allah. Kini seorang lagi anak lelaki saya sedang berjihad. Saya tidak pernah kesal dan sedih kerana mereka di jalan yang benar dan syurga Allah menanti mereka yang syahid "
Seorang lagi ibu Palestine memberitahu " Kami tidak pernah takut atau gentar akan peluru Israel. Jika takdirnya semua lelaki Palestin syahid dibunuh Yahudi, kami kaum wanita sentiasa rela untuk memikul senjata, berjihad mempertahankan agama Allah "

Seorang kanak-kanak lelaki Palestin berusia 8 tahun pula berkata " K…

Husin dan Bidin rupanya......!

Image
Ramai kawan-kawan yang seronok sangat bila Obama jadi Presiden Amerika. Aku pun tak tahu mengapa. Nak kata mereka ni berjiran tak pulak, nak kata bersaudara jauh sekali. Yang nyata mereka gemar sangat mengulang-ulang nama Hussein di tengah-tengah nama Obama tuh.

Husin - kulit gelap, gigi putih

Timbalan Presiden pula nama nya Biden. Eloklah tu Husin dengan Bidin! Patutlah orang Melayu suka bebenor!. Barulah aku faham. Tapi usahlah menaruh harapan yang menjulang kepada Husin dan Bidin ni kerana mereka naik pun atas tiket Yahudi, bantuan kewangan Yahudi, pegawai kanan dan rakan karib mereka pun Yahudi.

Bidin - kulit cerah, gigi pun cerah

Yang membezakan Husin dengan Bush (semak) adalah warna kulit sahaja, hati mereka kita tak tahu. Bak kata kawan aku yang baru balik dari Mekah " Apalah yang kita nak harapkan daripada seorang MURTAD..! Aduh terkedu aku...! bisa sungguh pak haji ni.....tapi aku tetap menaruh sedikit harapan. Kalau hatinya juga hitam macam Bush apa nak buat, bukan kita y…

Tak nak boikot SUDAH!

Loya tekak aku bila ada manusia-manusia mempersoalkan gerakan memboikot barangan Amerika dengan alasan tindakan ini boleh mendatangkan lebih keburukan dari kebaikan. Getik apabila ada cerdik-pandai yang konon pakar ekonomi mengatakan Malaysia akan muflis jika memboikot barangan Amerika! Aku kurang pandai ekonomi, tapi aku amat simpati dengan Rakyat Palestin. Pendapat aku yang bodoh ni, jika kita mampu berjuang bersama mereka dan mati syahid, adalah lebih baik. Kalau tak boleh, carilah sesuatu yang mungkin dapat membantu. Walaupun kecil, namun kita tetap berbuat sesuatu bagi saudara Islam kita di Palestin.

Mengapa kita sibuk memikirkan Rakyat kita yang bekerja dengan syarikat Amerika? Kalau takdirnya mereka kena berhenti kerja, kalau takdirnya Malaysia muflis, kita patut berasa bangga kerana semua itu akibat pengorbanan kita kepada saudara se Islam kita! kalau ditakdirkan kita terpaksa makan ubi kayu sekali lagi, apa salahnya demi saudara seIslam kita!

Ini tidak, dahlah takut untuk berji…

Kawanku untuk Palestin

Image
Pagi tadi minum dengan seorang kawan, Khairil Annuar, lebih mesra dengan pangillan Ein dikalangan teman-teman rapat. Ex UiTM Arau, pelajar DBS, junior aku sikit tapi umur sama je. Inilah antara kawanku yang telah merantau ke seluruh pelusuk dunia, bukan melancung, tapi mencurah khidmat bakti hampir 24 tahun dalam misi kemanusiaan. Sehingga isterinya pun ditemuinya di Front Line di Bosnia!. Khairil Annuar

Mendengar cerita daripadanya membuat kita insaf akan penderitaan makhluk Allah di seluruh pelusuk dunia yang mengalami tragedi dan malapetaka maha dahsyat. Melayari gambar-gambar di dalam notebooknya mendedahkan kita kepada kengerian yang amat dahsyat yang tidak pernah kita fikirkan. Kengerian akibat perbuatan kejam manusia dan juga bencana alam.

Melihat catatannya pula membuat kita insaf akan betapa bertuahnya bumi Malaysia dan betapa takutnya bila mula melihat akan perpecahan kaum yang telah mula berlaku, kerana hampir setiap konflik antara manusia di dunia bermula dengan perpecahan pe…

Dafina's first day in school

Image
January the 5th, 2008 was my darling Dafina's first day in school. Third in the family, she was very excited about going to school.

She kept on talking about going to school repeatedly since the last of her kindergarten’s day. She contentedly did the shopping for her uniforms, books, stationeries and bag together with her sisters (and the 'generous' daddy pays...).

As I anticipated earlier, there is not much hassle in her first day. She seems to adapt very well to the new environment. She clicks with new friends, enjoys the canteen food and take pleasure in the school van ride. Happy schooling Dafina!.

Here are some highlights of the day…..


beautiful school....



the canteen


lessons for parents too !


take a peek at the loves one...


ready for school tour


Dafina is in the line


parents can't wait to follow suit



come back from school


conclusion ?...
another victory day...!