Istilah dan terjemahan dalam makanan

Bertepatan dengan dunia yang semakin hilang sempadan, bermacam makanan yang kita tak pernah dengar dulu, kini mendominasi pasaran makanan tempatan. Nama-nama makanan yang ganjil semakin banyak kedengaran dan kadang-kala kita bertanya sendiri apakah jenis makanan yang di sebut itu.

Nama-nama seperti makaroni, pasta, pizza dan lain-lain semakin diterima di tanahair kita, malah generasi muda sudah menerimanya sebagai makanan lumrah mereka. Mereka yang lebih dewasa pula menyebut atau memakan makanan-makanan tersebut untuk dilihat lebih kontemporari atau up-to-date atau berprestage. Ketepikan rasa makanan itu, walau kekadang meloyakan, tapi yang penting mereka akan dilihat gah atau hebat jika dikaitakan dengan nama-nama ganjil tersebut !

Pagi tadi aku membaca satu rencana di dalam sebuah akhbar harian berkaitan dengan kecelaruan panamaan makanan di Malaysia khususnya pada masa ini. Yang dipertikaikan adalah dua jenis makanan yang amat lumrah disebut 'ham dan bacon', terutamanya di restoren-restoren makanan barat dan hotel-hotel.

Aku biasa sangat menemui makanan-makanan ini di hotel-hotel, malah ada label menyebut 'Chicken Ham' atau 'Lamb Bacon'. Malah ada chef-chef Melayu yang memberitahu akan nama-nama berkenaan. Ada juga restoren makanan segera menggunakan kertas pembukus berlebel 'Hamburger' pada beef burgernya dengan hanya memalang dengan marker pen atas kertas berkenaan.

Untuk rekod, di sini di huraikan maksud perkataan-perkataan berkenaan mengikut terjemahan kamus:

ham:
ham (hm)n.
The thigh of the hind leg of a hog.
2. A cut of meat from the thigh of a hog.

hog
(hôg, hg)n.a.
Any of various mammals of the family Suidae, which includes the domesticated pig as well as wild species, such as the boar and the wart hog.

bacon:
ba·con (bkn)n.The salted and smoked meat from the back and sides of a pig.[Middle English, from Old French, of Germanic origin.]

Tak tahulah pulak kalau industri perhotelan ni ada kamus mereka sendiri. Yang pasti tekak akan kembang jika kita merujuk kamus Oxford akan makna perkataan-perkataan tersebut!



Comments

indica said…
tu le pase, hamburger, bacon tu dah jadi biasa cam takde apa2 je..aku mmg tak sio memandang menatang2 tu.. boleh kembang tekak dibuatnya.....
McBudu said…
indica: kalau chicken ham maksudnya apa ye? Ham campur chicken ke?... he he tak SIO...!

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku