Ketua saintis dunia

Dah lama, hampir setahun aku tak menjenguk pasar Tani Mega di perkarangan Stadium Shah Alam. Selain sayur, buah-buahan dan ikan, di sana terdapat juga bermacam jenis makanan, pakaian, barangan lusuh, permainan, tikar, karpet, alat solek, ubat-ubatan, alat ganti kereta, barangan antik, barangan tiruan (aspal kata indica), jam tangan, barangan letrik, tumbuh-tumbuhan landskap, racun semut, lipas dan tikus, alat rawatan air, cermin mata, teropong jauh, ikan hiasan malah kereta dan motosikal juga ada di jual. Bak kata seorang kawan aku, "hanya mak dengan bapak je yang tak ada kat situ!...."
.
Ahad yang lalu, aku bangun pagi, tak ada apa nak buat jadi pergilah ronda-ronda kat sana. Aku tak cadang nak beli apa pun tapi sempat juga beli racun lipas untuk menangani lipas-lipas kecil dalam kereta aku, berkesan rupanya! Aku juga beli mesin jahit mini, macam stepler, untuk jahit koyak-koyak mini di seluar dan baju, juga aku beli sebuah binokular untuk anak aku.
.
Aku juga bertemu lagi dengan Ketua Saintis Dunia, yang kali ini memakai tag "AKU KETUA SAINTIS RAJA-RAJA NEGERI PERAK" aku pun tak tahu apa yang dimaksudkannya. Tapi Pakcik Halim ni masih sihat dan bersemangat macam dulu.
.
Hasratnya untuk bertemu PM sebagaimana yang disuarakannya setahun lalu nampaknya masih belum kesampaian. Tapi Pakcik ni tidak kurang popularnya. Jika anda buat carian di Google search, terdapat 200 website yang merujuknya secara khusus.
Aku tak minat sangat dengan mathematics yang dia ajar, tapi aku amat kagum dengan semangatnya yang tak pernah pudar walaupun tidak mendapat ganjaran.
Aku yakin niatnya untuk mengajar subjek sukar itu kepada anak bangsanya ikhlas dan murni, walaupun seringkali disalah tafsir. Aku doakan semoga misi beliau berjaya, tidak kisahlah setakat mana tahap kejayaannya itu.

Comments

pB said…
SALAM

tak pernah sampai pasar tani shah alam nie
McBudu said…
Pb: gi la sekali, mesti nak datang lagi!
Ya, kegigihannya dikagumi. Dalam seminggu mungkin 1-2 kali dia akan berada disekitar Kompleks Pertama terutamanya lepas sembahyang jumaat. Semoga dia berjaya mencapai misinya!.
indica said…
Bila ko sobut racun semut, terasa cam nak pergi pasar tani mega shah alam tu..nak beli racun semut tu..tapi mahal kos minyak dari benda yg nak dibeli pulak..
Nampaknya tak kesampaian aku nak jumpa Ketua Saintis tu..kalu ko jumpa ko tolong sampaikan salam ye..:)
Ajak le dia dtg kawasan kitorang..kat kawasan rumah aku ada pasar malam, tapi tak le mega..tak capai standard dia kot..
McBudu said…
OS: Memang gigih sungguh, walau dimamah usia. Tabik springggg!

indica: Ubat semut cari je kat kedai runcit cina atau kedai ubat cina pasti ada. Ubat semut ni membunuh seisi koloni kerana tabiat semut bawa balik makanan. Kekadang aku rasa bersalah juga bila apply ubat ni. Takut nanti generasi akan datang tak dapat tengok semut!. Peknya kecil je, dalam sais 2"x1.5" bungkusan warna perak. Ketua saintis ni pula khabornya orang Perak, entah-entah saudara tak?
Pak Yob said…
Aku pernah jumpa sekali dia di Pasar Malam Bangi, waktu tu "jawatan" dia "Ketua Saintis Dunia", aku tengok memang bersungguh dia mengajar, tapi dalam hati aku tanya jugak betul ke tak pakcik ni, apatah lagi dengan "name tag" besarnya tu.

Tak sangka dah sampai kesana dia "mengajar"...kementerian sains dan teknologi dah transfer dia kesana kot.

Atau mungkin juga dia cuba membuktikan bahawa sains dan matematik boleh diajar dalam bahasa melayu.....malah "Ketua Saintis Dunia" sekalipun mengajar dalam bahasa melayu...rasanya la...
McBudu said…
Pak Yob: Nama pun ketua saintis dunia, maka serata dunialah dia pergi, tapi dia mengajar dalam bahasa melayu Perak....

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku