Jangan usik IJN !

Aku sungguh tak faham mengapa Sime Darby beriya-iya benar nak mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN). IJN di bangunkan oleh Tun Dr Mahathir atas kesedaran golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan jantung yang mahal. Tiba-tiba hari ini IJN hendak diswastakan kepada Sime Darby. Atas alasan apa?

Kakitangan IJN dikatakan merungut kerana tidak mendapat gaji yang sewajarnya. Tetapi perkara ini dinafikan oleh Doktor-doktor dan kakitangan IJN sendiri dengan mengatakan yang mereka tidak pernah merungut atas soal gaji. Adalah difahamkan bahawa Doktor-doktor pakar di IJN kebanyakannya tidak ditegah menjadi juruperunding di hospital-hospital swasta lain yang mana juga memberi mereka ganjaran yang lumayan.

Untuk menaiktaraf IJN ?. Apa yang hendak dinaik taraf? IJN kini memiliki kemudahan dan peralatan bertaraf dunia dan antara yang terbaik di rantau asia. Berbanding dengan SJMC yang Sime Darby miliki, IJN lebih berwibawa dari segi perubatan jantung. Pesakit IJN terdiri daripada golongan rakyat miskin dan pertengahan, mereka tidak perlukan hospital yang mempunyai bilik seperti hotel 5 bintang, makanan bertaraf antarabangsa dan layanan kelas pertama. Apa yang IJN ada hari ini sudah lebih daripada cukup untuk pesakit dari golongan ini. Bagi golongan kaya, mereka boleh pilih hospital 5 atau 6 bintang yang mereka suka!

Jika Kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk IJN, apa salahnya bukankah Kerajaan itu Kerajaan pilihan Rakyat, duit Kerajaan itu juga datangnya daripada Rakyat? Apa salahnya jika kemudahan disalurkan semula kepada Rakyat?

Dan Sime Darby berkata mereka akan memastikan khidmat sosial tidak akan diketepikan, tapi jaminan dalam bentuk apa. Apa Rakyat boleh buat jika mereka tidak menepati janji? Jika hakikatnya untuk membuat keuntungan, sejauh mana khidmat sosial itu mampu untuk dilaksanakan? Dan di SJMC milik Sime Darby, terlaksanakah khidmat sosial tersebut? Sejauh mana?

Dan yang paling pelik ialah jika Sime Darby benar-benar ingin membuat duit dengan memiliki IJN, kenapa IJN? kenapa tidak bina saja hospital baru yang menyerupai IJN. Buatlah duit sebanyak mana pun! Dan jika benar kata-kata mereka bahawa mereka ingin membantu IJN dan tidak akan melupakan tanggunjawab sosial kepada golongan miskin, kenapa tidak hulurkan sahaja wang dalam bentuk dana tahunan, bantu lah IJN Holdings Sdn. Bhd, untuk membantu golongan miskin! Kenapa mesti ambil-alih?

Dan akhir sekali, jika Sime Darby bermegah dengan SJMC sebagai kayu pengukur kejayaan mereka dalam bidang khidmat perubatan, fikirlah semula....!

Comments

Pak Yob said…
misteri dan pelik...Pak Yob tidaklah tahu alasan sebenar program penswastaan ini.mungkinkah ada pihak yang sengaja mahu menangguk di air keroh, mengaut keuntungan atas airmata dan derita orang lain?

betul juga cakap mcbudu tu? mengapa tidak buka sahaja hospital baru atau wujudkan sayap khas di SJMC khusus untuk kepakaran berkaitan masalah jantung

mungkin bila soal kesihatan sudah menjadi komoditi yang menguntungkan maka derita orang akan menjadi dagangan ?.
McBudu said…
PakYob: jantung orang miskin kini tiada harga kot....
indica said…
Well pal..you're not alone.
Mmg heran..ngapa yg Sime Darby sibuk sgt nak take over tu..
Masa sekarang boleh le cakap kebajikan rakyat terjamin and all those bs...bila dah lama nanti mula le kaduk naik junjung..mentang2 le org kita ni mudah lupa..

Da*n it!
Kinda upset over it..
McBudu said…
indica: Yes you are right on the spot. I would suggest that SD starts its charity work in SJMC. See how many poor people get the privilages!
lkc_lai said…
Money...money....all the people play with money.

This is why people say "rich will richer...person like me will poor and poorer:("

Anyway....happy new year to you and ur family.
McBudu said…
Lai: Thanx pal. May new year brings more lucks and prospers
superior said…
I think I come to the right place, because for a long time do not see such a good thing the!
jordan shoes

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku