Doctor Fish lah konon

Isnin lepas cuti, bawa anak-anak ke IOI Mall Puchong. Selain sessi makan-makan, ada juga sessi ronda-ronda. Terjumpalah pulak satu kios ni yang memberi servis mengurut kaki menggunakan ikan yang digelar Dr Fish. Tak tahu lah aku Dr MD ke atau Dr PhD. yang tentunya RM10.00 bagi setiap 20 minit. 
Anak-anak memanglah teruja yang amat bila lihat ikan jinak menggomol-gomol kaki. Maka terbanglah berpuluh-puluh RM. Aku pun turut serta.....nak tahu macamana rasanya kena 'urut' dengan ikan (selalu kena urut dengan orang je) Kalau ikut banner yang terpapar kat situ, ikan ni boleh urut kaki dan dapat melancarkan perjalanan darah serta menyembuhkan berbagai penyakit. Piiiiii dahhhhh. Aku yakin semua tu bohong saja. Nak justify ambil duit orang, kenalah bagi bermacam alasan kan. Yang benarnya ikan tu cuma boleh beri khidmat menggomol kaki, kerana mereka lapar, tidak diberi makan. 
Nasib baik ikan tu kecil, gigi mereka juga lembut, jadi tak lut lah kaki kita.....Jadi, kerana kelaparan, maka di tonyoh-tonyohlah kaki kita. Kerana bilangannya yang banyak, terasalah geli-geli macam di urut. Tapi nak claim yang aktiviti ini boleh melancarkan perjalanan darah tu dah kira melampaulah. Naik darah adalah kot....
 

Comments

Pak Yob said…
aku baru minggu lepas berkira-kira nak try kat jusco equine park...sejam RM5, tapi dah ramai sangat malas la pulak...lagipun risau jugak kot celup je kaki ikan taknak "urut"...kaki bau pekasam...he..he...
indica said…
Org kata kalu kaki kita berlumut, gerenti byk ikan menggomol kaki kita. Tu yg aku malas nak try..

Ada satu masa tu aku singgah tengok. Sorang makcik tu terover geli-geli pulak, sampai tutup2 muka.. mana taknya kaki penuh digomol ikan2 tu..aku tgk kaki anak2 gadis nya tak pulak byk ikan. Mungkin kaki org tua tu dah berlumut kot..hehe
McBudu said…
Pak Yob: Sebelum celup tokey tu kasi wet towel dulu suruh kita lap kaki. Bukan takut ikan tak makan, tapi takut ikan mati!

Indica: Memang geli! Ewah ko sempat curi tengok kaki anak dara makcik tu ke...!

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku