Posts

Showing posts from December, 2008

Doctor Fish lah konon

Image
Isnin lepas cuti, bawa anak-anak ke IOI Mall Puchong. Selain sessi makan-makan, ada juga sessi ronda-ronda. Terjumpalah pulak satu kios ni yang memberi servis mengurut kaki menggunakan ikan yang digelar Dr Fish. Tak tahu lah aku Dr MD ke atau Dr PhD. yang tentunya RM10.00 bagi setiap 20 minit.  Anak-anak memanglah teruja yang amat bila lihat ikan jinak menggomol-gomol kaki. Maka terbanglah berpuluh-puluh RM. Aku pun turut serta.....nak tahu macamana rasanya kena 'urut' dengan ikan (selalu kena urut dengan orang je) Kalau ikut banner yang terpapar kat situ, ikan ni boleh urut kaki dan dapat melancarkan perjalanan darah serta menyembuhkan berbagai penyakit. Piiiiii dahhhhh. Aku yakin semua tu bohong saja. Nak justify ambil duit orang, kenalah bagi bermacam alasan kan. Yang benarnya ikan tu cuma boleh beri khidmat menggomol kaki, kerana mereka lapar, tidak diberi makan.  Nasib baik ikan tu kecil, gigi mereka juga lembut, jadi tak lut lah kaki kita.....Jadi, kerana kelaparan, maka d…

Ketua saintis dunia

Image
Dah lama, hampir setahun aku tak menjenguk pasar Tani Mega di perkarangan Stadium Shah Alam. Selain sayur, buah-buahan dan ikan, di sana terdapat juga bermacam jenis makanan, pakaian, barangan lusuh, permainan, tikar, karpet, alat solek, ubat-ubatan, alat ganti kereta, barangan antik, barangan tiruan (aspal kata indica), jam tangan, barangan letrik, tumbuh-tumbuhan landskap, racun semut, lipas dan tikus, alat rawatan air, cermin mata, teropong jauh, ikan hiasan malah kereta dan motosikal juga ada di jual. Bak kata seorang kawan aku, "hanya mak dengan bapak je yang tak ada kat situ!...."
.
Ahad yang lalu, aku bangun pagi, tak ada apa nak buat jadi pergilah ronda-ronda kat sana. Aku tak cadang nak beli apa pun tapi sempat juga beli racun lipas untuk menangani lipas-lipas kecil dalam kereta aku, berkesan rupanya! Aku juga beli mesin jahit mini, macam stepler, untuk jahit koyak-koyak mini di seluar dan baju, juga aku beli sebuah binokular untuk anak aku.
.
Aku juga bertemu lagi deng…

Jangan usik IJN !

Aku sungguh tak faham mengapa Sime Darby beriya-iya benar nak mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN). IJN di bangunkan oleh Tun Dr Mahathir atas kesedaran golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu untuk mendapatkan rawatan jantung yang mahal. Tiba-tiba hari ini IJN hendak diswastakan kepada Sime Darby. Atas alasan apa?

Kakitangan IJN dikatakan merungut kerana tidak mendapat gaji yang sewajarnya. Tetapi perkara ini dinafikan oleh Doktor-doktor dan kakitangan IJN sendiri dengan mengatakan yang mereka tidak pernah merungut atas soal gaji. Adalah difahamkan bahawa Doktor-doktor pakar di IJN kebanyakannya tidak ditegah menjadi juruperunding di hospital-hospital swasta lain yang mana juga memberi mereka ganjaran yang lumayan.

Untuk menaiktaraf IJN ?. Apa yang hendak dinaik taraf? IJN kini memiliki kemudahan dan peralatan bertaraf dunia dan antara yang terbaik di rantau asia. Berbanding dengan SJMC yang Sime Darby miliki, IJN lebih berwibawa dari segi perubatan jantung…

Rileks la....

Terlalu banyak pergaduhan sesama bangsa, sesama agama, terlalu banyak tragedi, terlalu banyak peristiwa sedih yang melanda ketika ini. Depresi, stress, ketegangan dan kacau bilau membuat hati gundah gulana. Jadi untuk melegakan fikiran kita sejenak, jom kita Poco-Poco!

Istilah dan terjemahan dalam makanan

Bertepatan dengan dunia yang semakin hilang sempadan, bermacam makanan yang kita tak pernah dengar dulu, kini mendominasi pasaran makanan tempatan. Nama-nama makanan yang ganjil semakin banyak kedengaran dan kadang-kala kita bertanya sendiri apakah jenis makanan yang di sebut itu.

Nama-nama seperti makaroni, pasta, pizza dan lain-lain semakin diterima di tanahair kita, malah generasi muda sudah menerimanya sebagai makanan lumrah mereka. Mereka yang lebih dewasa pula menyebut atau memakan makanan-makanan tersebut untuk dilihat lebih kontemporari atau up-to-date atau berprestage. Ketepikan rasa makanan itu, walau kekadang meloyakan, tapi yang penting mereka akan dilihat gah atau hebat jika dikaitakan dengan nama-nama ganjil tersebut !

Pagi tadi aku membaca satu rencana di dalam sebuah akhbar harian berkaitan dengan kecelaruan panamaan makanan di Malaysia khususnya pada masa ini. Yang dipertikaikan adalah dua jenis makanan yang amat lumrah disebut 'ham dan bacon', terutamanya di re…