Penat

Akhir-akhir ini aku rasakan tubuh badanku tidak berapa bertenaga. Kepenatan yang amat ketara, terutama bila melakukan pergerakan fizikal. Sebelum ini aku ada melakukan ujian darah untuk mengetahui tahap kandungan gula dan kolesterol aku. Keputusan mendapati tahap gula baik tetapi kolesterol agak tinggi (7.25).Dokor memberi aku ubat (Statin 20mg) untuk dihabiskan dalam masa 3 bulan. Ubat ini kata doktor tiada side effect, tetapi hari-hari awal aku mengambil ubat ini, mata aku 'berkedip-kedip' (ada ke perkataan tu?) tak boleh dikawal. Selepas 3 hari, pergerakan itu berhenti, tetapi badanku mula lenguh-lenguh. Dan sekarang setelah hampir sebulan, aku rasakan seperti teramat penat, tak kira masa. Tahap ingatan aku juga jadi terhad!

Aku pergi berjumpa balik dengan doktor tersebut, untuk dapatkan nasihatnya, tapi dia kata teruskan makan, jangan berhenti kerana kalau berhenti, tahap kolesterol mungkin akan naik kembali dan risikonya amat menggerunkan! Aku mungkin akan kena stroke!
Aku jadi takut, dan teruskan makan ubat tersebut. lepas ini tak tahulah apa akan terjadi kepada diri aku..... harap-harap aku akan pulih seperti sedia-kala. Tiga bulan aku rasa macam tiga tahun!.



Comments

Dr mana u jumpa ni...Dr swasta ke?
Mungkin dia saja nak habis stok ubat.Kata tak ada kesan sampingan.
Lepas tu dia ugut awak dengan stroke jika tak habiskan ubat.
McBudu said…
razak: thanx for dropping by. Tak tahu lah mungkin jugak agaknya. Tapi bila dah doktor kata camtu mula lah gelabah... mungkin kena seek for 2nd opinion kot....
Norazihan said…
semuga saudara beransur sihat. amin.
McBudu said…
zihan: thanx for visiting, and moreover, thanx for the doa!
indica said…
Laa..aku tengok kau sehat dan maintain jer..tak mcm aku yg semakin hari semakin berat, sampai sakit kaki dan lutut nak bawak badan nih..kalu ikut BMI dah kira obese.

Tak pernah buat check up pun. Tgh try bbrp makanan kesihatan nak hilangkan sakit kaki ni..hehe.

Aku harap ko tak risau..cuma jgn kuat makan, dan tgk2 le apa yg dimakan tu..pehtu rajin-rajin le exercise.
Pak Yob said…
Bro...stay fit, work smart..don't overdrive yourself...
McBudu said…
indica: Aku excercise hampir tiap hari la ni. Berat badan dah turun drp 72kg ke 68 kg la ni. With height 168cm, aku rasa ok kot, cuma kolesterol tinggi bro! Aku agak masa puasa dan raya dulu asyik makan sedap2 je...

Pak yob: Tu la yang tak pandai tu.... nak work smart.... selalu ter work overdrive!
McBudu said…
Pak Yob: Green tea la ni satu jag sehari! dah ketagih...he he
lkc_lai said…
Salam. High colestrol?

Control your food-take less meat and more on fruits and vegetable.

Hopefully will recover.

2. Try others doctor as what ramli say.

Best regards

lai
McBudu said…
Lai: I've seen another Dr, but seem statin stays due to the higher level of Cholesterol! What to do... another 2 months lo...
Anonymous said…
cuba lak minum minyak zaitun...terbukti berkesan.

-me
lkc_lai said…
Still remember the "wild bitter gourd" in estate.

Old folk in Kekayaan & Kerling used to tell me it is bitter but good health.

Perhaps you should try it. Our Tun Dr. M also practice it. I did fly the wild bitter gourd with egg to our previous Boss's son to taste. He said "Good...."
McBudu said…
ano: Thanx I'll try the olive oil.

Lai: oh really?, I will definitely try when I go back to my Kampung. Thanx pal.
linda aka konda said…
amalkan petua mak Njang mazenah..ape lg...minum air + 2 elai daun hempedu bumi la...hehe...hopfully u will get well soon..amen...
McBudu said…
konda: Petua tu belum terbukti berkesan sbb yang amalkannyer tu tak pernah chek level cholesterol dia! he he
Amin, semoga berjaya mengurangkan cholesterol!

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku