Anak buahku sorang ni....

Pada last entry berkenaan penat, ada sorang pengunjung yang tinggalkan komen bernama Linda@konda tu sebenarnya anak saudara aku, Mazlinda. Aku panggil dia dengan pangilan manja, Konda.
Kontrol ayulah konon...

Konda anak sulung dari 5 beradik, seorang anak saudara yang baik, suka membantu ibu bapa dan bertanggungjawab. Pernah terminum minyak api pada umur 4 tahun yang membantu membuat otaknya bergeliga! Duduk di asrama sejak umurnya 13 tahun membuatkannya lebih berdikari berbanding anak-anak saudara yang lain. Cucu manja Wan nya, dialah yang paling banyak menangis takala Wan menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Memang dia ni seorang penagih tegar, bukan dadah tapi ketagih aktiviti outdoor! Hobinya "merolang" (merayau) ke gunung, lautan, sungai, hutan rimba dan mana sahaja yang kaki boleh melangkah. Sebab suka merolang jugalah, dia boleh jumpa blog SEMALU nih.... akupun tak tahu macamana, tiba-tiba je muncul di pintu. Dalam kehidupannya pun begitu, tetiba je call kata dia dah sampai depan rumah, jarang ada notis! Itulah antara keistimewaan dia.

Konda ada lesen Scuba Diving International dan dah mendaki banyak gunung, hilir mudik banyak sungai dan menyelam ke dasar banyak lautan. Masih solo dan kini tengah buat Master.

Dalam airpun kontrol ayu...

Dia sekarang ni kat Terengganu. Ikan, dugong, duyung, buntal, penyu, kepah, kerang, karang, belut dan lintah seluruh Terengganu kenal rapat dengan Konda ni. Dia juga ada menganjurkan aktiviti outdoor kepada sesiapa yang berminat. Dia juga boleh mengaturkan pengambilan sijil SCUBA kepada sesiapa yang berminat.

Itulah Konda, anak saudara aku yang mukanya seringkali terbakar dek panahan mentari tapi tak pernah serik meneroka rahsia alam.

Pada sesiapa yang nak buat aktiviti outdoor atau berhajat nak buat lesen SCUBA , international lagi, bolehlah berhubung dengannya.

Kepada Konda, I'm proud of you dan jaga diri baik-baik.

Comments

Pak Yob said…
ko kenalkan la konda ni kat konzie (mizie), konzie tu pun penagih tegar jugak tu...peangih benson..he..he..
McBudu said…
Pakyob: penagih candu kalau pegi outdoor semput kot....
linda aka konda said…
hehe..bab "merolang' tuh rase nye taw turunye dari siape..hehe..bab outdoor tuh..mungkin dari mak njang mazenah yg mmg gile hardcore outdoor..hehe..(panjat langsat, cari buluh, cari ikan kat sg bente wif tam cuna)hekhek..ala..bab minum minyak gas tuh xley highlight la..nanti takot pasni ramei pulak org pegi minum minyak gas..hakhak...thank cu..
McBudu said…
konda:Panjat langsat tu bukan outdoor, itu dah kira fear factor!
linda aka konda said…
cu: hoh..fear factor??hehe
iye jugek ek..hehe...tp 1 jek..takot nak bawak moto..hehe..pala mak njang mazenah tuh.hehe
5er_dragon said…
Ayah,
"Itulah Konda, anak saudara aku yang mukanya seringkali terbakar dek panahan mentari tapi tak pernah serik meneroka rahsia alam."
-McBudu

Angah: Ingat lagi x mse muka dy luka ke melecur sebab kne bunga api. Pina buat! hehe.. Nape x tulis psl bnde 2???
McBudu said…
konda: padahal naik basikal sampai ke Benta kan!

angah: opps ye le lupa nak mention....biarlah rahsia...
linda aka konda said…
cu: hehe aah..naik basikal champion...

ela: hehe tuh memory ari raye la ela...:)
linda aka konda said…
sok komeh ade tournament bowling..wish me luck hum...hehe...

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku