Subsidi Minyak dilupus - Polisi Makan Tuan

Heboh diperkatakan akhir-akhir ini subsidi harga minyak akan dilupuskan dan digantikan dengan subsidi secara terus kepada "mereka-mereka yang miskin dan daif" sahaja. Enak mendengar dan satu langkah yang kelihatan perihatin kepada rakyat miskin. Namun realitinya itu hanyalah satu langkah terdesak yang kelihatan popular tapi akhirnya akan menjerat ekonomi Negara sendiri. Walaupun kenyataan saya ini kelihatan amat negatif dan tidak memberi peluang kepada perubahan yang kelihatan positif ini, namun akibat yang akan berlaku dijangka akan membawa padah jangka panjang yang mungkin lebih buruk.
Langkah ini nampaknya tidak mengkaji akan perilaku ekonomi makro dan mikro serta mengenepikan kesan-kesan sampingan akibat tindakan itu. Langkah nampak sebagai membela rakyat miskin, tapi sebaliknya akan menambah beban ke atas mereka!

Rakyat miskin akan diberikan subsidi minyak, tapi berapa banyakkah minyak yang mereka gunakan dan berapa penjimatan yang mereka akan dapat? Bagi rakyat miskin tegar, mereka langsung tiada kenderaan dan tidak akan mendapat apa-apa faedah!. Tambahan lagi, berupayakah Kerajaan memastikan kaedah perubahan besar-besaran ini dilaksanakan dengan adil dan saksama?

Sebaliknya taukeh-taukeh dan saudagar-saudagar yang mengusahakan perniagaan yang akan dikenakan harga petroleum yang tinggi sudah tentu akan memasukkan faktor kenaikan harga petroleum ini ke dalam kos overhead perniagaan mereka dan secara tidak langsung ini akan menaikan kos pengurusan dan seterusnya mengakibatkan kenaikan harga barangan yang mereka keluarkan. Dengan ini semua rakyat akan menerima akibatnya, termasuk rakyat miskin tegar! Kerajaan tidak boleh mengawal kenaikan harga barang yang dikeluarkan kerana kos pengeluaran mereka telah meningkat, jika dikawal juga perniagaan mereka akan runtuh! Jika perniagaan mereka runtuh, ramai rakyat yang bekerja dengan mereka akan kehilangan pekerjaan.Pemberian subsidi petroleum bagi semua sektor adalah langkah terbaik yang dilihat boleh mengekang inflasi, tanpa subsidi ini inflasi tidak akan dapat dikawal lagi. Pendapat yang mengatakan pemberian subsidi minyak tidak menguntungkan golongan rakyat miskin adalah tidak tepat dan hanya sekadar memberi mimpi indah yang tidak berkekalan hingga ke pagi.

Sekian lama ekonomi Malaysia dibangunkan atas dasar pemberian subsidi minyak kepada semua sektor, melupuskannya dengan kadar tergesa-gesa akan meranapkan ekonomi negara. Eksport akan menjadi tidak kompetitif, barangan hasil tempatan akan menjadi mahal, iklim pelaburan di dalam negara menjadi tidak lagi menarik dan rakyat tidak akan lagi melancung mengakibatkan sektor pelancungan juga akan merudum, industri kereta akan merosot industri-industri lain juga akan turuk mendapat tekanan. Satu demi satu sektor perniagaan akan jatuh yang mana akan mengakibatkan ramai rakyat hilang pekerjaan. Penganguran akan meningkat, masalah sosial akan naik mendadak, kadar kemiskinan akan meruncing, kadar jenayah juga akan meningkat dan kemungkinan akan berakhir dengan keadaan kucar-kacir!

Kerajaan hendaklah berfikiran lebih matang dalam menangani masalah petroleum kerana petroleum merupakan nadi ekonomi negara. Memang tidak dinafikan yang Kerajaan menanggung puluhan billion Ringgit untuk memberi subsidi minyak, tapi Kerajaan juga perlu memikirkan bahawa rakyat mendapat menfaat berlipat-kali ganda daripada subsidi itu melalui aktiviti perniagaan, peluang pekerjaan dan kadar inflasi yang rendah.

Bagi rakyat Malaysia, subsidi petroleum merupakan nadi kehidupan. Ianya memberi sedikit ruang untuk rakyat berusaha ke arah yang lebih baik dalam segala aspek kehidupan. Kalaupun kerajaan terpaksa memberi subsidi yang tinggi, tapi pulangannya lebih tinggi, apa salahnya?. Bukankah Kerajaan hari ini dijulang oleh Rakyat untuk berada di situ?

Comments

Purpleheart said…
Subsidi untuk orang miskin dan orang yang dipertanggungjawabkan mengagihkan..

Betul la akhir zaman, yang kaya akan terus kaya dan miskin akan terus miskin..
McBudu said…
Purpleheart: Org yang mengagih tu bukan Amil ke..? he he
ween said…
prihatin???!! ahaqs.... sakit hati dengau! minyak tu bukan ke hak kita, sungguhpon dah nak habih, yang 600 billion keuntungan petronas dari 1976-now dok pi mana? buat hospital petronas pcmc yang mahal gila, tak sapa pon boleh pegi, kalau bagi duit tu kat gh ke, ramai gak org miskin boleh pegi, baru lah prihatin! monsoon cup, org terengganu ramai ke jadi kaya dek monsoon cup tu? F1 tu, kita perlu ka? prihatin, cit poddahh!!
McBudu said…
ween: sabar ween, janji cupcake jgn naik dulu... he he
indica said…
Napak gayo, keno uboh gayo hiduq sokmo..
mmm, nak gi kijo naik besikal takdo makno.. dok tahuu nak ghoyak gapo. Tobak dok tahuuu..

p/s: Doh lo fikire dok tentere, maghi pulok bencano ga nih..alamaq jiwo makin kaca deh..hau abok yuu?
McBudu said…
mapuh lah kito semo wei..
NaNa said…
Mcbudu,

This is what happen when they compare the price with non-oil exporter countries.

Baru je last month harga beras naik, now petrol. And of course the increase will affect other goods as well.

It seems that Malaysians are getting poorer secara mendadak. Hmmm....
McBudu said…
nana: They ask us to change our lifestyle, they also ask us to save, BUT the actual fact is that we dont have anymore lifestyle to change let alone anything left to save!
Setuju. Tanggung jawab kerajaan menjaga kebajikan rakyat jelatanya.
pB said…
minyok o minyok
kenapo engko mahal

macam mana aku tak mahal

hi hi

itu kena jwb sendiri lar
McBudu said…
OS: Nampaknya rakyat pula menjaga kebajikan kerajaan!

Pb: pantun tak abih la pulak
lkc_lai said…
Minyak.....minyak....

What we can do? Everything increase. Yesterday I ate with my practical boy at MITC, melaka. Average a plate of nasi campur cost 10 bulk. Wah.....damn expensive. I think very soon I need go back to kampong to became planter.
McBudu said…
you're right Lai, Planter can never get out of food!
indica said…
harga minyak naik, blog pung dak gerak..:)
McBudu said…
Indica: tak minyak nak menaip,,,,
Jonathan said…
Kami di Indonesia, boleh dibilang lebih parah lagi, padahal Indonesia adalah produsen minyak terbesar di dunia! Tapi malahan mengimpor minyak dari luar negeri!

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku