Posts

Showing posts from June, 2008

Subsidi Minyak dilupus - Polisi Makan Tuan

Image
Heboh diperkatakan akhir-akhir ini subsidi harga minyak akan dilupuskan dan digantikan dengan subsidi secara terus kepada "mereka-mereka yang miskin dan daif" sahaja. Enak mendengar dan satu langkah yang kelihatan perihatin kepada rakyat miskin. Namun realitinya itu hanyalah satu langkah terdesak yang kelihatan popular tapi akhirnya akan menjerat ekonomi Negara sendiri. Walaupun kenyataan saya ini kelihatan amat negatif dan tidak memberi peluang kepada perubahan yang kelihatan positif ini, namun akibat yang akan berlaku dijangka akan membawa padah jangka panjang yang mungkin lebih buruk.
Langkah ini nampaknya tidak mengkaji akan perilaku ekonomi makro dan mikro serta mengenepikan kesan-kesan sampingan akibat tindakan itu. Langkah nampak sebagai membela rakyat miskin, tapi sebaliknya akan menambah beban ke atas mereka!

Rakyat miskin akan diberikan subsidi minyak, tapi berapa banyakkah minyak yang mereka gunakan dan berapa penjimatan yang mereka akan dapat? Bagi rakyat miskin te…