Beras oh Beras

Sejak kecil kita disuap nasi. Hingga ke tua kita makan nasi. Bila tak lalu makan nasi orang kata kita dah nak mati, dah tak lalu makan nasi!

Hari ini beras telah menjadi satu komoditi makanan utama dunia selain gandum. Hari ini juga dikhabarkan bahawa keluaran beras dunia semakin merosot dan tidak dapat memenuhi permintaan mulut-mulut yang makan nasi di dunia ini. Kalau dulu beras hanya dijual dengan harga RM16/10kg, tapi hari ini harganya telah melambung hingga RM32/10kg! Itupun beras dari gred yang rendah. Malapetaka taufan yang melanda Dataran Irawadi di Myammar, yang merupakan salah satu kawasan pengeluaran padi utama di dunia juga akan menjadi pemangkin kepada masalah kekurangan beras dunia.
Berbagai saranan telah diajukan oleh cerdik pandai untuk mengatasi masalah kekurangan beras ini.

Profesor-profesor dan Doktor-doktor falsafah banyak memberi pandangan. Ada yang menyarankan agar makan nasi hanya segengam sehari sahaja. Ada juga yang menyarankan agar memakan ubi keledek dan kentang bagi menggantikan beras!

Walau apapun pendapat ahli-ahli fikir ini, saya berpendapat masih ada option lain yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini.

Kini Negara mengimpot kira-kira 40% beras dari luar Negara. Apabila krisis beras meruncing, kita mengharap simpati Negara lain seperti Thailand untuk membantu, sedangkan beras merupakan nyawa rakyat kita. Ini bermakna kita bergantung hayat kepada orang luar!

Sebagai rakyat Malaysia yang setiap hari makan nasi, saya berpendapat krisis ini perlu dicari titik penyelesaiannya dengan seberapa segera. Sebagai seorang yang dilatih di bidang pertanian, saya amat yakin bahawa krisis ini boleh diselesaikan dengan membawa Malaysia menjadi Negara pengeluar beras yang jika tidak menjadi pengekspot, cukup sekadar menyara diri untuk rakyatnya sahaja.

Terdapat beberapa langkah yang mungkin membantu menyelesaikan kemelut kekurangan beras ini, antaranya ialah:-
1. Terdapat banyak kawasan sawah terbiar di seluruh negara yang mana perlu dibangunkan semula sebagai kawasan pengeluaran padi. Jika tuan punya tanah enggan, Kerajaan hendaklah melalui agensi-agensi tertentu, mengambilalih tugas menanam padi berkenaan untuk satu jangkamasa, tanpa mengubah status hakmilik tanah.

2. Selain itu banyak kawasan berpaya yang tidak produktif di seluruh Negara, hendaklah dibangunkan segera sebagai estet pengeluaran padi negara. Sejumlah dana dharurat hendaklah diperuntukkan bagi membangunkan kawasan-kawasan berkenaan.

3. Produktiviti perlu dipertingkatkan. Kawasan penanaman padi milik orang cina di Sekincan mengeluarkan 30% lebih hasil jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Ini bermakna pengeluaran padi negara boleh dipertingkatkan sekurang-kurangnya 20% (jika tidak 30%) lagi.
4. Penggunaan input pertanian alternatif perlu difikirkan. Baja kimia yang mahal hendaklah digantikan dengan baja kompos yang lebih murah. Penanaman padi secara tradisional hendaklah dimekanisasikan sebagai langkah menurunkan kos pengeluaran.

Saya amat yakin dengan langkah-langkah ini negara akan menjadi pengeluar beras utama dalam masa 2 tahun sahaja. Selain membantu mempertingkatkan keluaran beras negara, langkah ini juga dapat membebaskan Negara daripada bergantung hayat kepada negara lain, di samping mencegah pengaliran wang asing ke luar negara.


Comments

Bang, macam ucapan di Parlimen aje! :)
McBudu said…
OS: sekadar melepaskan perasaan kita orang tak bernama...he he
Purpleheart said…
Kalo orang kaya bleh la makan nasi segenggam sehari sebab boleh cari alternatif lain, pagi makan bijirin jagung atau gandum dengan susu. Tengahari atau malam makan roti atau lebih dahsyat pizza atau spageti.

Dulu selalu nampak mat indon pikul beras sekampit besar beli tiap2 minggu. Kata penjual kedai tu seminggu 10 kilo makan untuk 30 orang, sarapan nasi, tengahari nasi, malam nasi.. tapi lauknya kadang2 telur dadar, kadang2 taugeh goreng, kadang2 tempe goreng dengan kicap.
McBudu said…
PurpleH: Tulah kekadang ada orang yang pandang ringan bab kekurangan beras ni. Lama tak nampak...
NaNa said…
mcbudu,

Masa mula-mula harga beras dinaikkan hari tu, I was shocked. Beza about RM10 for 10kg packet. Banyak tu. If we can feel the pinch, what about those less fortunate ones. Really pity them.
McBudu said…
nana: you are right, rice being the most important comodity, pity the poors...
tur123 said…
aku setuju dengan pendapat bro ...ada kah patut kita bergantung sangat dengan thailand...ada patut semua tanah kelapa sawit jer...sekarang sudah terhantuk baru terngadah

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku