Posts

Showing posts from May, 2008

Beras oh Beras

Image
Sejak kecil kita disuap nasi. Hingga ke tua kita makan nasi. Bila tak lalu makan nasi orang kata kita dah nak mati, dah tak lalu makan nasi!

Hari ini beras telah menjadi satu komoditi makanan utama dunia selain gandum. Hari ini juga dikhabarkan bahawa keluaran beras dunia semakin merosot dan tidak dapat memenuhi permintaan mulut-mulut yang makan nasi di dunia ini. Kalau dulu beras hanya dijual dengan harga RM16/10kg, tapi hari ini harganya telah melambung hingga RM32/10kg! Itupun beras dari gred yang rendah. Malapetaka taufan yang melanda Dataran Irawadi di Myammar, yang merupakan salah satu kawasan pengeluaran padi utama di dunia juga akan menjadi pemangkin kepada masalah kekurangan beras dunia.
Berbagai saranan telah diajukan oleh cerdik pandai untuk mengatasi masalah kekurangan beras ini.

Profesor-profesor dan Doktor-doktor falsafah banyak memberi pandangan. Ada yang menyarankan agar makan nasi hanya segengam sehari sahaja. Ada juga yang menyarankan agar memakan ubi keledek dan kentan…