Radio oh Radio

Kebelakangan ini sungguh meriah Radio-radio di Malaysia ni. Masing-masing berlumba-lumba untuk menarik pendengar. Tetapi matlamat akhirnya adalah untuk menarik pengiklan-pengiklan yang memberi pulangan lumayan kepada mereka. yang terkini adalah pulak capital fm untuk menambah warna dunia penyiaran radio ni. jika diminta membilang kesemua radio yang beroperasi di Malaysia pada hari ini, aku rasa semua kita tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.

Malangnya dalam keghairahan untuk menaikkan rating, stesyen-stesyen radio berkenaan seolah hilang arah. Muktakhir ini kecenderungan menukar DJ amat ketara sekali. DJ yang 'konvensional' ditukar. Radio-radio sekarang ini dipenuhi dengan badut-badut yang membuat lawak bodoh setiap pagi apabila kita dalam perjalanan ke pejabat. Perkara-perkara peribadi seperti kebesaran hidung, kebesaran paha, kehitaman kulit, kebotakan kepala, dan lain-lain lagi bukan main ditonjolkan konon untuk membuat lawak! Kekadang termenung kita dibuatnya bila memikirkan kecelaruan yang berlaku di stesyen-stesyen berkenaan.

Maklumat-maklumat berguna yang sepatutnya disalurkan untuk memenuhi kepala-kepala kita diwaktu pagi tidak kesampaian, sebaliknya celoteh bodoh, tidak matang, kosong dan kadang kala memualkan memenuhi ruang.

Satu persoalan timbul, jika perkara-perkara bodoh dan tidak imformatif disemai setiap hari kepada kita, apakah bentuk masyarakat Malaysia yang ingin mereka wujudkan?

Jika dinilai maklumbalas pendengar melalui panggilan-panggilan telefon, sms dan email yang disiarkan saban hari, dapat kita rumuskan bahawa semakin ramai pendengar yang telah terpengaruh dengan arus budaya memundurkan bangsa ini, leka dengan lawak bodoh. Menghina kehodohan dan keburukan orang lain itu pula telah mula diterima sebagai lawak yang menghiburkan!

Mana nilai bangsa, mana maruah nusa, kemanakah arah kita?


Comments

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku