Posts

Showing posts from February, 2008

Naeem Danish goes Skin Head!

Radio oh Radio

Kebelakangan ini sungguh meriah Radio-radio di Malaysia ni. Masing-masing berlumba-lumba untuk menarik pendengar. Tetapi matlamat akhirnya adalah untuk menarik pengiklan-pengiklan yang memberi pulangan lumayan kepada mereka. yang terkini adalah pulak capital fm untuk menambah warna dunia penyiaran radio ni. jika diminta membilang kesemua radio yang beroperasi di Malaysia pada hari ini, aku rasa semua kita tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.

Malangnya dalam keghairahan untuk menaikkan rating, stesyen-stesyen radio berkenaan seolah hilang arah. Muktakhir ini kecenderungan menukar DJ amat ketara sekali. DJ yang 'konvensional' ditukar. Radio-radio sekarang ini dipenuhi dengan badut-badut yang membuat lawak bodoh setiap pagi apabila kita dalam perjalanan ke pejabat. Perkara-perkara peribadi seperti kebesaran hidung, kebesaran paha, kehitaman kulit, kebotakan kepala, dan lain-lain lagi bukan main ditonjolkan konon untuk membuat lawak! Kekadang termenung kita dibuatnya bila mem…