Boleh kah kita tidur lena bila......

Sungguh sayu apabila menatap muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang mengisahkan 5 anak beranak rentung akibat kebakaran berpunca daripada api lilin gara-gara gagal membayar bil elektrik. Ayah malang yang berpendapatan RM1,800 sebulan ini berhempas pulas membiayai perbelanjaan keluarga dan pendidikan anak-anak akhirnya terkorban, tewas kepada kemiskinannya. Amat menyayat hati. Inilah seorang pejuang sebenar yang mati sebagai wira. Mati, terkorban dalam perjuangan membela keluarga.

Petang tadi dalam menjalani tugas baru yang diserahkan, aku melawat ke satu tapak pelupusan sampah yang baru ditutup beberapa hari lalu. Tapak pelupusan yang dipenuhi sampah yang luasnya hampir 50 ekar itu dipenuhi oleh ular-ular tedung yang memburu tikus yang banyak berkeliaran di dalam timbunan sampah itu.
Sesampainya di situ aku di 'serbu' oleh empat orang tua, dua lelaki dan dua perempuan. Aku dapati mereka ini sebenarnya dua pasangan suami isteri yang tinggal di tepi timbunan sampah itu di dalam rumah yang diperbuat daripada bahan terbuang - plywood dan kertas!. Mereka merupakan 'penyelongkar' sampah sepenuh masa. Kerja mereka mencari bahan-bahan terbuang yang masih berguna seperti besi, kertas dan plastik yang boleh dijual. Mereka tinggal secara tidak sah di kawasan pelupusan yang kotor, merbahaya dan busuk itu.

Salah seorang wanita tua itu menangis, sambil mengesat airmata datang mendekatiku, seraya berkata, "Tuan, berilah peluang pekerjaan kepada kami, kami ada keluarga dan anak-anak yang perlu diberi makan, tempat ini sudah di tutup, mata pencarian kami telah juga tertutup. Ke mana lagi kami harus pergi?" Kemudian yang lain-lain turut merayu perkara yang sama.

Hampir menitis airmataku ketika itu. Melihat kedaifan mereka, teringat aku ketika bergembira menjamu keluarga dan anak-anak di Victoria Station, teringat berbual sambil minum kopi dengan kawan-kawan di Starbuck, teringat waktu makan-makan dengan staf di Secret Recipes... rasa bersalah, sedih,
kesal dan bermacam perasaan bercampur-baur.....

Aku menenangkan mereka dan berjanji bila projek yang akan dibangunkan di sekitar kawasan itu beroperasi, Insyaalah saya akan cuba membantu mereka sedaya mungkin... Semua muka mereka mengukir senyuman dan berlalu.... Sebak hati aku hingga ke senja..... bolehkah aku tidur lena pada malam ini dan malam-malam mendatang...?
...............................................................................
Terkini: Pegawai-pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pusat Zakat Selangor telahpun datang serentak menemu-bual mereka pada hari yang sama, untuk memberi bantuan tetap setiap bulan. Alhamdullillah, semoga itu dapat meringankan bebanan hidup mereka.

Comments

indica said…
Mmg mengharubirukan bila kita sendiri yg menyaksikan sebuah kemiskinan tahap tegar.

Mimpi atau berangan jadi kaya pun dah cukup menyeronokkan dan kita jarang membayangkan kita miskin krn kita tak sanggup tidur tak lena, tanpa diulit mimpi-mimpi indah.

Teruskan niat mulia jika berpeluang membantu insan-insan kurang bernasib baik ini.
McBudu said…
Memang tepat kata kamu, aku sendiripun tidak pernah 'berani' untuk bermimpi menjadi daif. Glad to see you again in blogging sphere.
Purpleheart said…
Kasihan mereka ya, terasa diri ini banyak kelebihan - ramai lagi yang lebih susah sebenarnya.
McBudu said…
ph: Betul tu, kekadang kita rasakan kita yang susah, rupanya ramai lagi insan di luar sana yang lebih susah...
pB said…
rajin rajin lah kita bersedekah ....
McBudu said…
pB: kalau nak sedekah, bagi kat saya, anak yatim piatu..! :=))
Pak Yob said…
ya..kita selalu "tersedih" dan "terpilu" bila ada berita-berita sebegini di dada akhbar...namun jika ia tidak terlapor pasti kita tiada endah nasib mereka yang lain...
McBudu said…
PY: Memang betul tu, lepas tu kita lupa balik...
minnie said…
Salam..
Ketika kita susah, kita ingatkan kita la manusia paling malang... tapi sebenarnya sekeliling kita lebih ramai yang lebih malang dari kita... Bersyukur dengan apa yang ada.. sebenarnya nasib kita antara yang lebih baik dari mereka... tapi kita selalu lupa...
McBudu said…
Minnie: Mengingati yang kita antara yang bernasib baik sudah cukup membuat kita menjadi orang yang bersyukur...
kakLuna said…
kalau boleh mmg nak tolong smua org yg memerlukan bila ada rezeki lebih..InsyaAllah.
lkc_lai said…
Salam,

Sometime I really do not understand the defination of "poor". When I just left from taiko, my earning only 1k per month. Am I consider as poor category?

I do not know whether you realise that estate people with earning RM500 also can be survive. Today estate man are more financial freedom from city people. If you go back to kekayaan now. Nearly all the local workers have proton car.

The reason the city man is poor because of too many commitment as as rental, car loan, children education and too many.....

Yesterday I was in POrt Dickson. A small holder told me that 2k is not enough to support a family.

Wah....so...I need to plan my future because I just have a boy only.

ah...continue later. Thanks for your comments.

best regards
lai
McBudu said…
Lai, Thanks for visiting. Yes, Town people could easily fall into 'hardcore poor catagory' simply because in here everything has to be paid for. Even if you need to ease youself in the public toilet, you need to pay! if you are in town, RM2000 is a small amount of money nowadays . Just imagine the house rental, car installment, food, children tuition etc. etc... Really hard pal...
LediAgli said…
lkc lai cakap, estate ppl earning rm500 can survive, teringat waktu saya dapat offer buat kerja audit gaji rm500 which they gave it equally tak kisah lah degree or dip graduate. gila. for warga estate earning rm500 dalam estate compare to univ graduate kat kedah gaji rm500.. hahaha.. compare anggur dengan oren. pening. how to compare? cannot compare. (tapi org gomen SRP/PMR ja gaji 550 elaun 500 baru sebulan dapat tambah tolak dekat seribu, dapat lagi kenaikan 30% pon bising duet depa tak cukup, hat ni tak bleh compare)

okey tsasul plak.

saya pernah tengok gak kemiskinan macam ni, benda yang kita tengok lekeh depa tengok sebagai luxury. aduii..sedih, tapi, sebab tu la dunia dinamakan dunia, caca merba, miskin kaya hina dina semua ada.

cakap lebih2 pon tak guna, kita cuma kena bagi depa peluang untuk letak sebelah kaki ja, sebelah lagi depa kena usaha

p/s:sambil hirup frappucino azuki (member kata, cendol perisa kopi), sangat tensen bila ada orang buta sindeket dok minta sedekah table to table, kita tak bagi depa herdik kita marah, sekeh kang.. !~
McBudu said…
LediAgli, thanx for dropping by.

Tu la kekadang kita ni cepat tersentuh bila tengok kesusahan orang lain tapi kekadang tu memang ada orang yang menggunakan kesusahan untuk meraih simpati. Contohnya dulu ada orang minta sedekah kata nak makan tak de duit, kita pun hulurlah sikit, lepas tu terjumpa pulak dia tengah beli rokok Dunhill kotak besar lagi kat mini market berhampiran... lagi tensen..!
Pak Yob said…
Baru dapat satu emel, ayah malang itu rupanya beristeri 2, jika betul berita itu, manakan cukup, 2 keluarga dengan pendapatan sebegitu.
McBudu said…
Ye ke Pak Yob..? Begitu ceritanyer...
indica said…
Melilau aku mencari keliling aku bunyi kanak kecil menyanyi...Saspeng... Rupanya dari blog ni...

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku