Posts

Showing posts from August, 2007

Boleh kah kita tidur lena bila......

Image
Sungguh sayu apabila menatap muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang mengisahkan 5 anak beranak rentung akibat kebakaran berpunca daripada api lilin gara-gara gagal membayar bil elektrik. Ayah malang yang berpendapatan RM1,800 sebulan ini berhempas pulas membiayai perbelanjaan keluarga dan pendidikan anak-anak akhirnya terkorban, tewas kepada kemiskinannya. Amat menyayat hati. Inilah seorang pejuang sebenar yang mati sebagai wira. Mati, terkorban dalam perjuangan membela keluarga.

Petang tadi dalam menjalani tugas baru yang diserahkan, aku melawat ke satu tapak pelupusan sampah yang baru ditutup beberapa hari lalu. Tapak pelupusan yang dipenuhi sampah yang luasnya hampir 50 ekar itu dipenuhi oleh ular-ular tedung yang memburu tikus yang banyak berkeliaran di dalam timbunan sampah itu.
Sesampainya di situ aku di 'serbu' oleh empat orang tua, dua lelaki dan dua perempuan. Aku dapati mereka ini sebenarnya dua pasangan suami isteri yang tinggal di tepi timbunan sampah itu di dala…