Bangi Kopitiam

Aku amat tertarik dengan daya usaha sendiri bangsaku dalam dunia perniagaan yang serba mencabar, tanpa bantuan dan pertolongan orang-orang berpengaruh mereka masih mengukir kejayaan. Baru-baru ini aku berkunjung ke Bangi untuk menziarah anak buah yang baru melahirkan zuriat di sebuah hospital swasta berhampiran masjid Bangi.
.
Kebetulan aku dan keluarga kelaparan pada kira-kira pukul 5 petang itu. Aku meninjau kedai-kedai di sekitar kawasan berkenaan, lalu terpandang satu kedai yang agak menarik perhatianku - KOPITIAM BANGI. Kami singgah di sana untuk melihat apa yang ditawarkan.... Aku merasakan ada kelainan di sini. Di samping dekorasinya yang
ala-ala kopitiam zaman 60an, namun diselitkan juga beberapa gambar nostalgia yang menggambarkan kenangan silam kepada tuannya, yang pernah bergelar ahli muzik sebuah kumpulan popular, tapi aku tak pasti siapa.
.
kami merasa amat selesa di sini. Berbagai makanan ringan terdapat di sini dan rasanya juga tidak mengecewakan. Semua kami berpuas hati dengan roti bakar, laksa serta minuman yang dihidangkan pada petang itu. Syabas Kopitiam Bangi, bila kelapangan kami pasti berkunjung lagi....
.
kaunternya simple tapi menarik......
*********
.
kat dinding tu, gambar Pak Lah minum kopi .....
********
.
mural di dinding - gambar dulu-dulu
********
.
biasalah, kopitiam mesti ada roti bakar, tapi kayanya ada kelainan tau..!
********
.
kopi O nya betul-betul kau, cawan original kopitiam, ceramic made in China
********
.
laksa... dah separuh baru ingat nak ambil gambar
********
.
Sesiapa nak cuba pergilah ke Bangi... la ni Bangi memang happening.. dok gitu indica (aduka?)

Comments

indica said…
woi, senyap2 sampai Bangi ye....
aku ada jugak bbrp kali ke kopi tiam ni..pakyob selalu minum di sini. Kalu tak silap biznes si Kid (Kumpulan Search)..
Dulu aku selalu gak gi Old Town Kopitiam setakat makan roti bakar dan whitecoffee ais je..Yang Bangi Kopitiam ni ada kemelayuan..sedap gak.
Lain kali kalu mai Bangi, habaq la kitorang..boleh belanja kat kopitiam ni.
McBudu said…
indica: boleh jadi port kot! InsyaAllah kalau aku mai, teman call kome, tapi kome kena belanja sbb tempat kome...
minnie said…
Salam,
Sekarang ni kedai ala kopitiam ni tumbuh macam cendawan.. Kat mana-mana pun ada kopitiam yang menunya hampir nak sama... Bezanya cuma dari kualiti makanannya.. Kan??
McBudu said…
minnie: memang betul tu, tapi kebanyakannya kedai bukan Melayu, yang melayu walau sedikit, tapi semakin bertambah. Nak lepak lepas kerja bestlah kat sini... :)
pB said…
Kopitiam Bangi..??
Depa kompleks PKNS tu ker ??

Nanti nak minta kak alex lacey @ kak ear belanja lah ...

Area umah dia tu ....
McBudu said…
Belum sampai PKNS, dekat masjid tu je... Dekat hospital swasta tu..
pB said…
Mc B
Masjid mana tu?
Seksyen berapa...???
McBudu said…
pb, atau peta ni lagi jelas. dia depan masjid, satu baris dengan pusat rawatan azzahrah: http://pizzapah.com.my/image/peta_pkns.gif
Kakak Tiri said…
Makanan bukannya sedap sangat... servis cam hampeh... harap interior je lawa.

FYI, from what I heard, bukan bumiputera punya pun. Kid bukannya banyak pegang share banyak pun. He has no say. Any decisions still up to the main share-holder. Dia ala-ala spokeperson jer. Kasi iklan baik punyaaa kat orang ramai...
ali said…
i sokong apa yg kakak tiri cakap. u all jgn terpedaya kononnye bangi kopitiam milik kid search. toke dia china la. share si kid tak banyak pun. cina tu la yg pandai guna org melayu untuk dpt untung lbih. kesiannnn. makanan tak sedap lgsung..service hampeh..i setuju bulat2 dgn kakak tiri. from my research, org ramai2 lepak kat situ cz da tak ada pilihan. hopefully wujud kopitiam milik org melayu sepenuhnya yg sedap makan n minumnya n service bagus. boleh tutup bangi kopitiam yg ownernya china tu, toke kedai printing kat bangi tu. hidup melayu!!!

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku