Mencari Kambing hitam

Muktahir ini hampir setiap hari media menghidangkan berita kenaikan harga barangan, terutamanya di kedai-kedai makan. Apa nak heran, barang naik, teh tarik nak naik ke, milo ais nak naik ke, roti canai nak naik ke... apa heran. Bukan mati kalau tak makan semua tu.
.
Yang peliknya bila minyak naik, tarif letrik naik, tarif air naik, gula naik, tepung naik, tak pulak surat khabar bising, sebaliknya sibuk pula bandingkan dengan negara lain yang minyaknya lebih mahal, tolnya lebih tinggi, tarif letriknya lebih tinggi.
.
Apalah sangat roti canai, milo ais dan teh tarik jika dibandingkan dengan minyak, letrik, bekalan air, tol, gula dan tepung. Mengapa tak ada orang yang bandingkan roti canai di malaysia masih murah berbanding dengan roti canai di London, Milo ais lebih murah berbanding dengan Singapura dan teh tarik lebih murah berbanding dengan Tokyo?
.
Mulalah pakar ekonomi memberi pendapat merapu, bercakap berkenaan mikro dan makro, lagi power ayat lagi bagus, lagi tak faham makna lagi baik, biar orang kampung kagum. Mereka mulalah mengira sebab mengapa roti canai tak boleh naik harga, mengapa milo ais tak boleh naik harga dan teh tarik perlu kekal harga lama.
.
Orang politik pula mula berkira-kira nak bawa peniaga gerai makan ke mahkamah hanya kerana jual Milo ais RM1.80 segelas! Yang jual Milo ais RM5.00 kat restoren dan hotel-hotel hebat tu, depan batang hidung, tak nampak ke..!
.
Masih kah kita ingat, bila minyak naik harga dulu? makcik jual nasi dagang di Terengganu jadi mangsa!, kini bila tepung dan tarif letrik naik harga, restoren di Kuala Terengganu yang jual Milo ais pulak jadi mangsa! Siapalah mereka ini, runtuhkah ekonomi kerana mereka? Dan berapakah untung yang mereka dapat berbanding dengan Petronas yang untungnya berbilion, dan TNB yang untungnya beratus juta bila tarif dinaikkan.
.
Ada ke pemberita tanya berapa kos letrik dia, berapa kos minyak dia, berapa kos air dia, berapa kos gula dan tepung dia.... kita kena ingat peniaga kecil ni bukan buat untung berjuta, beribu pun entah ada atau tidak. Bila TNB nak naikkan tarif, alasannya mudah saja - kos meningkat dan surat khabar semua tak bising, bila Milo ais naik, macam nak runtuh ekonomi Negara! Ekonomi Malaysia begitu terukkah sehingga Milo ais dan ikan tongkol dalam nasi dagang jadi penanda aras!

Jangan heran... itu semua namanya matlamat menghalalkan cara!





Comments

pB said…
Kat area shah alam, nasi putih dah jadi singgit sepinggan.
Air buah dah jadi 2.80 segelas.

Paling selamat, kena ikut cara bagla tu ....
Bawak bekal .....
minnie said…
Hm.. Yang jadi mangsanya.. Kita juga.. pengguna... Naik gaji macam tak de makna je...
McBudu said…
pB: Bawak bekal tu baik, khasiat tinggi, murah dan jimat.

Minnie: memang, la ni masuk toiletpun naik harga :-)
indica said…
Semalam aku minum milo ais kat kedai mamak RM1.50...
Setuju dgn ko...apasal diorang tak buat sesuatu pasal minyak naik, tarif letrik, air naik...
McBudu said…
Indica: minyak naik ok lagi kot, asal jgn naik minyak... :-}

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku