Desaru

Desaru, pantai peranginan yang belum pernah kami lawati sebelum ini. Pertama kali kami menjejaki pantainya, kami jatuh cinta pandang pertama. Pantainya yang indah tidak terusik, pasirnya yang menguning bak emas, air lautnya yang jernih bak cermin dan mentari terbit di ufuk timurnya bak permata berkilauan. Walaupun kami mengharungi jalanan selama 6 jam dari Shah Alam, namun keletihan tidak terasa dek kerana keindahan yang memukau. Kerana kebanyakan gambar dirakam menggunakan V-cam, tidak banyak gambar pemandangan yang dirakam menggunakan still digicam.

Pasir kekuningan bagaikan Emas
*******


Perahu kenamaan zaman silam
*******

Makan malam
*******

Rekreasi di pantai
*******

Bercanda dengan Dugong
*******

Tiada kenderaan lain, melainkan burung unta
*******


Comments

pB said…
Salam..

yang berbaju hitam sedang menatap menu tu tuan rumah ker???

Mahal misai tu .....
McBudu said…
pb: Misai cari makan tu....
minnie said…
Salam..
Wah.. bestnya permandangan.. Nak pergi juga la... Apa menu best kat situ? Kusyuk mengadap menu tu....
McBudu said…
minnie: makan biasa je... tak de yg special, tapi pantai dia memang kelas... kalau lapang pergilah, memang best untuk rileks, menenangkan fikiran.
kakLuna said…
dlm byk2 gambar, mmg gambar kat restoran tu la yg paling menarik...mesti makan kat situ standard JALAN JALAN CARI MAKAN kan?
McBudu said…
Kakluna: ala makan biasa je, rasa makanan hotel mana ada sedap.
indica said…
Jalan-jalan cuti Malaysia ke? Nampak menarik . Aku tak pernah sampai ke Desaru. Mampu setakat PD je..
McBudu said…
indica: Pegilah Desaru, Vee ada kat situ, member jaga perlancungan lagi. Resort yg RM360/day boleh dapat RM160 je.

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku