Bertandang ke Kota Singa

Aku terbang ke Temasik untuk satu urusan penting syarikat. Dalam dunia tanpa sempadan, internet banyak membantu terutama bagi mereka yang banyak 'bergantung hidup' kepada internet, macam saya. Di Kota Singa, internet 'wireless spot' ada di segenap sudut pulau yang comel itu. Apa yang anda perlukan hanyalah PDA yang berWiFi.
.
Temasik sinonim dengan anak muda yang dibunuh akibat terlalu pandai mengsyurkan kepada sultan agar menggunakan batang pisang untuk dibuat benteng bagi menahan serangan ikan todak. Satu dogengan atau realiti, tiada fakta yang dapat menyokong.
.
Hakikatnya kota Singa telah melangkah kehadapan dengan menawarkan kehidupan yang lebih berkualiti dengan kos kehidupan yang juga tinggi. Dalam pemerhatian saya ketika berada di sana, memang tidak dinafikan taraf kebersihan, keselamatan dan keindahan alam sekitar amat dijaga rapi. Denda atau penalti sesiapa yang melanggar peraturan dilaksana dengan tegas tanpa kompromi. Ini menimbulkan banyak rungutan, tapi berjaya mendisiplinkan penduduk di pulau metropolitan ini.
.
Dalam melaksanakan tugas, saya sempat juga ronda-ronda di negara pulau ini. Berikut gambar-gambar yang saya sempat rakamkan di sana.

Melayu di sini telah di Heritagekan
************

Istana Kg Gelam telah dijadikan 'Malay Heritage Centre'
************
Istana Kg Gelam yang pernah menjadi rebutan
************
Masjid Sultan di Kg Gelam
************
Masjid Sultan yang indah juga menjadi tarikan pelancung
************
Sempat solat Zuhur di Masjid Sultan, Kg Gelam
************
Sempat shoping di Arab Street, beli kain le.... semua dalam SgDollar, tak sedar berbelanja, charge je lah... balik baru kira dalam Ringgit Malaysia (Hampir pensan jugak lah..!)
************

Makan Tengahari di Arab Street, 8.20 je tapi Dolar Singapura! (X 2.2 lah)
************

Lorong Belakang Arab Street, cantik dan bersih. Tempat menjual bermacam cenderahati
************
Makan malam (seafood) di gerai, bersih tapi harganya SgD 25.00 (kali je lah 2.2)
************
Antara bangunan pencakar langit moden
************
Ibu pejabat Polis Singapura yang hiasan dalamannya bak pejabat Koperat
************
Rumah kediaman yang lumrah terdapat di sini
************
Bangunan Pejabat pintar
************

Taman dalam Changi Airport
************
Internet di mana-mana - Hampir semua teksinya ada Online system
************


Comments

indica said…
Mmg betui.. yg penting penguatkuasaan jgn ada kompromi. sana chewing gam pun tak da kan? merokok pun tak berani nak sembrono..dulu aku tgk harga sekotak rokok 11 SD( kali le 2.2)..kalu kat sini kena fikir byk kali nak beli..
McBudu said…
Indica: Memang aku beli ubat allergic aku yang biasa aku beli di KL RM10 di sini 10 jugak, tapi SgD! eh kamu dah beli racun kulat?
minnie said…
Salam...
Wah! Bestnya.. Jalan lagi...
McBudu said…
MINNIE: selagi boleh jalan, jalan...:-))
pB said…
Sonok nya...

Teringin sangat nak bawak anak anak ke Zoo Singapore ...

Tapi tang darab 2.2 tu , yang sakit tu ...
kakLuna said…
nasib tak de bebudak buat vandalisme kat signboard kg Glam tu kan...esuk2 x pasal2 jek jd kampung Glamour.. :)
McBudu said…
Pb:Zoo S'pore memang best, tapi jgn darab dulu, balik M'sia baru darab. Email dah terima, TQ

KLuna: Jadi Kg Kelam ke..:-))
ween said…
uih syok jln2.. ni baru btol business & pleasure.. blog hop trsampai sini :)
McBudu said…
Ween: TQ for visiting my blog, happy blogging pal!
Purpleheart said…
Beshnyaa.. cantik betul masjidnya ya..
McBudu said…
Pheart: Kalau gi shopping kat Arab street lagi best, macam2 ada.... duit je kureng.:-)
lkc_lai said…
Dear my Kekayaan senior,

I never expect I able to meet my senior in blog world.

How are you? Similar with you, I start my plantation career from Kekayaan (4 years), Kerling (2 years)and Tuan Chelvanathan was my manager during I was in kerling. In fact, we were posted to kerling at the same time only a week difference.

You are able to each Mr. Chelvanathan by this handphone 013-7461486.

Best regards
lai
http://ilmunidham.blogspot.com
Pak Yob said…
menjejak kaki ke temasik...jangan lupa pekena murtabak singapura...sapa yang underestimate murtabak singapura pasti terkejut beruk bila melihat gerangan punya nama.
McBudu said…
Lai,. thanks alot pal, hope we could meet one day. Thanx again.

Pak Yob: mana menghilang kawan? Lama betul ngak ketemu... main sama anak ya?
Pak Yob said…
biasala...sibuk menguruskan umat

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku