Posts

Showing posts from June, 2007

Bertandang ke Kota Singa

Image
Aku terbang ke Temasik untuk satu urusan penting syarikat. Dalam dunia tanpa sempadan, internet banyak membantu terutama bagi mereka yang banyak 'bergantung hidup' kepada internet, macam saya. Di Kota Singa, internet 'wireless spot' ada di segenap sudut pulau yang comel itu. Apa yang anda perlukan hanyalah PDA yang berWiFi.
.
Temasik sinonim dengan anak muda yang dibunuh akibat terlalu pandai mengsyurkan kepada sultan agar menggunakan batang pisang untuk dibuat benteng bagi menahan serangan ikan todak. Satu dogengan atau realiti, tiada fakta yang dapat menyokong.
.
Hakikatnya kota Singa telah melangkah kehadapan dengan menawarkan kehidupan yang lebih berkualiti dengan kos kehidupan yang juga tinggi. Dalam pemerhatian saya ketika berada di sana, memang tidak dinafikan taraf kebersihan, keselamatan dan keindahan alam sekitar amat dijaga rapi. Denda atau penalti sesiapa yang melanggar peraturan dilaksana dengan tegas tanpa kompromi. Ini menimbulkan banyak rungutan, tapi ber…

Desaru

Image
Desaru, pantai peranginan yang belum pernah kami lawati sebelum ini. Pertama kali kami menjejaki pantainya, kami jatuh cinta pandang pertama. Pantainya yang indah tidak terusik, pasirnya yang menguning bak emas, air lautnya yang jernih bak cermin dan mentari terbit di ufuk timurnya bak permata berkilauan. Walaupun kami mengharungi jalanan selama 6 jam dari Shah Alam, namun keletihan tidak terasa dek kerana keindahan yang memukau. Kerana kebanyakan gambar dirakam menggunakan V-cam, tidak banyak gambar pemandangan yang dirakam menggunakan still digicam.

Pasir kekuningan bagaikan Emas
*******


Perahu kenamaan zaman silam
*******

Makan malam
*******
Rekreasi di pantai
*******

Bercanda dengan Dugong
*******

Tiada kenderaan lain, melainkan burung unta
*******


Bangi Kopitiam

Image
Aku amat tertarik dengan daya usaha sendiri bangsaku dalam dunia perniagaan yang serba mencabar, tanpa bantuan dan pertolongan orang-orang berpengaruh mereka masih mengukir kejayaan. Baru-baru ini aku berkunjung ke Bangi untuk menziarah anak buah yang baru melahirkan zuriat di sebuah hospital swasta berhampiran masjid Bangi.
.
Kebetulan aku dan keluarga kelaparan pada kira-kira pukul 5 petang itu. Aku meninjau kedai-kedai di sekitar kawasan berkenaan, lalu terpandang satu kedai yang agak menarik perhatianku - KOPITIAM BANGI. Kami singgah di sana untuk melihat apa yang ditawarkan.... Aku merasakan ada kelainan di sini. Di samping dekorasinya yang ala-ala kopitiam zaman 60an, namun diselitkan juga beberapa gambar nostalgia yang menggambarkan kenangan silam kepada tuannya, yang pernah bergelar ahli muzik sebuah kumpulan popular, tapi aku tak pasti siapa.
.
kami merasa amat selesa di sini. Berbagai makanan ringan terdapat di sini dan rasanya juga tidak mengecewakan. Semua kami berpuas hati de…

Perniagaan orang Melayu

Image
Aku suka berbicara bab kejayaan orang Melayu dalam perniagaan, tapi bukan Melayu yang kaya raya kerana menggunakan pengaruh, kabel atau connection. Hari ni aku nak bercerita tentang seorang anak Melayu yang bernama Suhaimi yang hanya menjual goreng pisang. Hanya goreng pisang, terletak di sebuah gerai terpinggir di Seksyen 19 Shah Alam, berhampiran stesyen Komuter. Pekerjanya 8 orang, pelanggannya beratur panjang setiap hari. Anak Melayu inilah salah seorang idola aku, walau menjual goreng pisang, namun kejayaannya tulen dan amat membanggakan. Walaupun bukan ahli koperat, namun beliaulah antara usahawan yang aku kagumi.

















Berbaris panjang untuk membeli goreng pisang.
.
.















Pekerja sedang menggoreng pisang
.
.















Ini dia goreng pisang yang menjadi rebutan.
.
.

Mencari Kambing hitam

Image
Muktahir ini hampir setiap hari media menghidangkan berita kenaikan harga barangan, terutamanya di kedai-kedai makan. Apa nak heran, barang naik, teh tarik nak naik ke, milo ais nak naik ke, roti canai nak naik ke... apa heran. Bukan mati kalau tak makan semua tu.
.
Yang peliknya bila minyak naik, tarif letrik naik, tarif air naik, gula naik, tepung naik, tak pulak surat khabar bising, sebaliknya sibuk pula bandingkan dengan negara lain yang minyaknya lebih mahal, tolnya lebih tinggi, tarif letriknya lebih tinggi.
.
Apalah sangat roti canai, milo ais dan teh tarik jika dibandingkan dengan minyak, letrik, bekalan air, tol, gula dan tepung. Mengapa tak ada orang yang bandingkan roti canai di malaysia masih murah berbanding dengan roti canai di London, Milo ais lebih murah berbanding dengan Singapura dan teh tarik lebih murah berbanding dengan Tokyo?
.
Mulalah pakar ekonomi memberi pendapat merapu, bercakap berkenaan mikro dan makro, lagi power ayat lagi bagus, lagi tak faham makna lagi baik, …