Hilang, Jumpa dan Hilang kembali.....

Kanak-kanak berusia lima tahun yang hilang, Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali, atau nama gelarannya, Yin, telah disatukan semula dengan keluarganya. Semua kita turut tumpang merasa lega dan gembira. Bayangkanlah 12 hari dalam keadaan kesedihan dan kerisauan tidak menentu kedua ibu-bapa Yin telah lalui. Bukan senang mengharungi 12 hari yang panjang itu. Berakhir satu episod.
.
Kini satu episod baharu pula bermula. Kini lima orang anak pasangan Myanmar yang menjumpai Yin pula kehilangan ayah dan ibu apabila polis menahan kedua ibu bapa mereka.
.
Masyarakat kita mudah dipengaruhi oleh emosi dan jarang berfikiran waras apabila berhadapan dengan realiti kehidupan. Saya terpanggil untuk menulis berkaitan kejadian ini apabila menyaksikan seorang VIP yang bertanggungjawab atas kebajikan masyarakat, di dalam buletin utama satu stesyen TV sensasi, pada suatu malam yang indah, mempertikaikan maksud sebenar pasangan Myanmar ini menjaga Yin semasa Yin 'hilang' itu.
.
Sehubungan dengan itu polis yang sebelumnya mengatakan kes telah ditutup, telah pula mengambil tindakan sebaliknya, menahan pasangan berkenaan.
.
Sekarang ini media nampaknya sudah tiada langsung memberi simpati atau kredit, apatah lagi penghargaan kepada pasangan yang 'menyelamatkan' Yin. Walaupun kepalanya dibotakkan, kaki dan tangannya dijangkiti kuman, namun Yin tetap baik dan masih cukup sifatnya. Adalah agak malang sehingga ada pula ura-ura untuk menjalankan ujian DNA terhadap anak-anak pasangan ini yang lain, untuk menentukan bahawa anak-anaknya yang lain ini bukan anak-anak yang diculik!.
.
Apa sudah jadi dengan warga Malaysia?. Jikapun benar Yin telah dibawa meminta sedekah, apakah ini satu dosa yang amat besar, sehingga menidakkan 'jasa'nya ?. Tapi pernahkah kita terfikir yang meminta sedekah itu mungkin profesyen wanita Myammar ini, jadi jika profesyennya meminta sedekah, tidak hairanlah jika dia membawa Yin ke 'tempat kerjanya' ? Jika wanita ini ahli koperat, dia akan membawa Yin ke pejabat perniagaannya yang bergemerlapan, mungkin itu tidak menjadi isu dan kesalahan?.
.
Mungkin wanita ini bukan rakyat Malaysia, tapi kenapa mesti kita mendiskriminasi. Bukan manusiakah dia? Mana letaknya keperibadian dan kemesraan rakyat Malaysia yang biasa menjadi tajuk utama itu?. Mengapa kita tidak pandai mengambil masa, berfikir seketika yang wanita Myanmar ini adalah seribu kali lebih baik daripada segolongan manusia yang mengabaikan anak-anak, yang mendera, merogol dan membuang anak-anak di pangkal pisang?
.
Mari kita bayangkan jika wanita Myanmar ini tidak memperdulikan Yin semasa menjumpainya di jalanan. Apa akan jadi kepada Yin jika sendiket penjualan kanak-kanak menjumpai Yin mendahului wanita Myanmar ini? Atau bayangkan badan Yin berkecai dilanyak kereta-kereta yang bersimpang siur di jalanraya KL ini. Atau Yin mungkin lemas di longkang-longkang KL dan tersangkut di perangkap sampah dimana mayat-mayat sering ditemui?. Ataupun mengapa kita tidak bayangkan apa akan jadi jika anjing-anjing jalanan yang liar dan kelaparan membaham tubuh kerdil Yin?.
.
Wanita Myanmar ini sekurang-kurangnya membawa Yin berteduh di bangsalnya, bergunting rambut, walaupun botak, membeli baju baharu, walaupun murah, memberinya makan, dan membenarkannya bermain seperti anak-anaknya yang lain, walaupun mainannya hanyalah besi buruk. Dan yang lebih penting untuk diberi pujian ialah wanita ini menjaga Yin dengan baik dan Yin tidak hilang dari jagaannya walaupun Yin seorang anak yang hyperaktif, walaupun rumahnya tidak punya dinding !. Setidak-tidaknya pasangan ini tidak membiarkan Yin terlepas keluar ke dunia liar di luar sana semasa di bawah jagaan mereka!
.
Pasangan Myanmar ini, walaupun miskin dan daif, tapi saya yakin jauh dilubuk hati mereka masih tertanam sifat kasih sayang seorang insan. Mungkin mereka tidak berwang, tidak berpelajaran dan menjalani kehidupan yang amat daif, tapi mereka juga manusia seperti kita yang layak diberi layanan seperti manusia. Wajarkah kita menghukum mereka hanya kerana mereka tidak 'secerdik' kita (itupun jika kita masih layak digelar cerdik), atau sekaya kita (walaupun kekayaan itu hak sementara).....
.
Berbalik kepada gesaan VIP yang tersebut di atas agar siasatan dilakukan terhadap pasangan Myanmar ini, apakah VIP ini terlepas pandang akan kedaifan pasangan miskin dan lima anak-anaknya ini? Bukankah itu terletak dibawah pengawasannya? Mungkin tiada apa yang dia akan dapat jika membantu mereka kerana mereka tiada pengaruh, bukan pengundi, bodoh, tidak berpelajaran, tiada keberanian bersuara, miskin dan maruah mereka amat rendah nilainya! Dan mungkinkah VIP ini takut dikutuk kerana membela seorang warga Myanmar.... secetek itukah fikirannya?
.
Kalaulah anak yang hilang itu anak saya, akan saya sanjung wanita ini kerana beliau telah menyelamatkan seorang anak yang saya sendiri gagal memastikan keselamatannya. Jikapun benar anak saya telah di ajar meminta sedekah, saya redha kerana itulah punca pendapatannya untuk memberi anak saya itu sesuap nasi selama anak tersebut dalam jagaannya. Kalaulah kebetulan saya seorang yang kaya akan saya berikan sebahagian harta untuk pasangan ini yang telah berjaya memberitahu kita semua terutama manusia yang merasa berada di 'di atas' bahawa orang miskin dan daif juga punya perasaan belas kasihan sesama insan dan janganlah pandang hina dan syak wasangka kepada yang kurang bernasib baik.
.
Jangan madu dibalas tuba!

Comments

sendiri mau ingat said…
sebenarnya mereka2 ini hanya menjalankan tugas masing2. Jangan pulak di pandang serong akan tugas mereka ni menahan pasangan tersebut. Buat pengetahuan mcbudu, anak2 pasangan dihantar ke jab. kebajikan. rasanya anak2 ni pasti tak nak pulang sebab lebih selesa tinggal di jabatan kebajikan.
McBudu said…
smi: Saya hanya cuba meletakkan diri saya di tempat pasangan Myanmar ini.Cuma menyelami perasaan kedua insan malang yang daif dan melarat. Dan bagi saya keselesaan hidup bukan penganti ikatan kasih sayang ibu bapa. Saya lebih rela berlantaikan tanah dari dipisahkan dengan kedua ibu bapa.
indica said…
Aku cdg nak komen, tapi dah tertulis panjang lebar pulak..so aku terpaksa pack balik rumah le ye...
pB said…
Mc..

pB sempat melihat wawancara Tv3 pagi selepas Yin dijumpai.
Si ayah masih lagi menyatakan yang dia tidak akan melakukan apa apa terhadap pasangan itu, tetapi si pengacara 999 tu, masih dok provoke seolah olah si bapa ini terlalu baik ...

pB yg tengok masa tu, rasa nak g ketuk ketuk kepala si pengacara 999 tu....

Bukan nak suruh si ayah tu relaks n tenang, makin disuruh pula buat benda benda yang tak baik pada pasangan Myamar tu...
McBudu said…
indica: he, he aku tau kamu pernah hilang masa kecik-kecik dulu...

pB: Memang betul tu, kekadang orang lain yg lebih2 nak publisiti kan...
indica said…
Sian psgn myanmar tu..kan dah merajuk, satu sen pun diorang tak mau..sedih pulak. Nasib baik aku tak kutuk..


offtpic: Blog ko kalau guna IE susah nak baca ye? best view guna aper?
McBudu said…
guna latest IE 7.x okey je... no doubt blogspot best view with FFox
minnie said…
Hm.. Tak kisah la apa niat dan punca pasangan Myanmar tu balik Yin balik.. yang pentingnya sekarang ni dia dah pulangkan balik Yin pada keluarganya... Dengan tekanan yg diorang dapat skrg ni, agaknya terdetik juga rasa menyesal diorang pulangkan Yin kan? Bukannya bermanafaat apa pun.. siap kena tuduh yg bukan2

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku