Posts

Showing posts from April, 2007

Hilang, Jumpa dan Hilang kembali.....

Image
Kanak-kanak berusia lima tahun yang hilang, Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali, atau nama gelarannya, Yin, telah disatukan semula dengan keluarganya. Semua kita turut tumpang merasa lega dan gembira. Bayangkanlah 12 hari dalam keadaan kesedihan dan kerisauan tidak menentu kedua ibu-bapa Yin telah lalui. Bukan senang mengharungi 12 hari yang panjang itu. Berakhir satu episod. . Kini satu episod baharu pula bermula. Kini lima orang anak pasangan Myanmar yang menjumpai Yin pula kehilangan ayah dan ibu apabila polis menahan kedua ibu bapa mereka. . Masyarakat kita mudah dipengaruhi oleh emosi dan jarang berfikiran waras apabila berhadapan dengan realiti kehidupan. Saya terpanggil untuk menulis berkaitan kejadian ini apabila menyaksikan seorang VIP yang bertanggungjawab atas kebajikan masyarakat, di dalam buletin utama satu stesyen TV sensasi, pada suatu malam yang indah, mempertikaikan maksud sebenar pasangan Myanmar ini menjaga Yin semasa Yin 'hilang' itu. . Sehubungan dengan itu polis y…