JIran oh Jiranku

Aku dah mendiami rumahku hampir 15 tahun dan merasakan amat selesa walau rumah tak sebesar mana. Jiran-jiranku boleh dikatakan okey belaka sehinggalah jiran sebelahku menjual rumahnya untuk berpindah ke rumah yang lebih besar dan selesa. Rumah sebelah rumahku dijual dan dibeli oleh pemilik baharu. Sebelum memasuki rumah berkenaan tuan baharu rumah itu telah mengubahsuai rumahnya di bahagian depan dan belakang, sehingga tiada ruang lagi. Aku tidak berkira sangat bak bising-bising kesan pecahan dinding juga tidak ku hirau habuk-habuk yang saban hari menghiasi kain jemuran dan keretaku sehingga kelihatan berada bagaikan dalam salji, tapi pemandangan hadapan ku kini terhad kerana sebelah tepinya sudah terhalang akibat binaan sisinya yang terkehadapan dari rumahku. Bilik tidurku yang dahulunya merupakan 'a room with a view, kini jadi 'a room without full view', only half view!.
.
Aku rasakan tidak begitu seronok lagi berada di jendela bilikku itu..... Boleh sahaja aku menyambung bahagian hadapan rumahku agar aku dapat semula view yang hilang itu, tapi bentuk binaan itu tidak akan menepati citarasaku. Aku akan lebih rasa tertekan berada di dalam rumah yang bentuknya menyakitkan hatiku. Jadi biarlah begitu, rumahku bukan lagi rumahku yang dahulu, kamarku bukan lagi kamar yang dahulu, dan jendelaku bukan lagi jendela yang dahulu. Semuanya telah hilang akibat ketidak perihatinan seorang manusia bergelar jiran(ku).

Comments

indica said…
aku dpt rasakan kebengangan ko dgn jiran baru yg tak semenggah tu..
Konon renovate nak kasi rumah nampak grand gamaknya..aku rasa mesti jadi gonjeng rumah dia tu, akibat ketulahan sbb tak prihatin dan respek ko..
pB said…
nak wat camner, kita hidup ramai...

kena sabar jelah....
pB said…
Seksyen 11 ada restoran Hartini, restoran Azira...

Hartini tu hidang makanan klate..
memang sedap , berbaloi walaupun harganya buleh tahan lah jugak...

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku