Kegilaan 1A

Kebelakangan ini kerapkali terpapar di dada-dada media kisah kejayaan pelajar-pelajar cemerlang mendapat 15 1A, 16 1A, 17 1A dan ada juga yang memalsukan 1A nya sehingga 21 !. Media-media berlumba-lumba mengutarakan kisah kejayaan anak-anak 'cemerlang' ini. Ada sesetengah media telah menjadikan seorang murid 'wira' dengan mengwar-warkan dia mendapat 19 1A. Tetapi apabila keputusan sebaliknya, pelajar ini dipinggirkan! Murid dan keluarga murid tersebut telah menghadapi tekanan perasaan yang hebat berikutan episod berkenaan! Muktahir ini 1A menjadi terlalu penting dalam masyarakat. Apa destinasi yang sedang dituju oleh generasi 'kemaruk' 1A ini agaknya? Apakah sistem pendidikan kita sekarang ini bermatlamatkan banyaknya bilangan 1A?

Sesungguhnya amatlah baik jika seseorang pelajar cemerlang dalam pelajarannya, tetapi adakah bermaana mereka yang kurang A nya tidak akan cemerlang dalam hidup? Adakah kajian dibuat berapa peratus daripada mereka yang berjaya dalam hidup hari ini bermula dengan banyaknya 1A mereka dalam peperiksaan?

Negara kita mungkin baru bermula, tetapi nescaya dalam jangkamasa beberapa tahun lagi kebanyakan ibubapa akan mensasarkan anak-anak mereka mendapat banyak A dalam peperiksaan. Ini seakan sudah menjadi simbol status keluarga. Yang menjadi mangsa ialah anak-anak.

Bukan semua anak-anak boleh dibimbing untuk mendapat banyak A dalam peperiksaan. Terdapat banyak kes di luar negara malah di Malaysia sendiri pelajar membunuh diri atau lari daripada rumah apabila gagal mendapat banyak A lantaran takut akan menghampakan keluarga. Statistik ini akan terus bertambah jika masyarakat dan media berterusan mempamerkan kegilaan 1A ini.

Ibu-bapa kini sudah mula beralih daripada membimbing anak untuk berjaya dalam hidup kepada anak yang berjaya mendapat banyak A dalam peperiksaan bagi menaikkan 'status' keluarga!
.
Masyarakat masakini menjadikan 1A itu kayu pengukur kejayaan anak-anak. Ini adalah langkah yang amat bahaya dimasa hadapan kerana yang mendapat banyak 1A merupakan golongan minoriti yang teramat sedikit, sedemikian penduduk Malaysia akan datang majoritinya akan terdiri daripada golongan tidak berjaya!
.
Pencapaian 17 1A contohnya, bukanlah penanda aras 'wajib' kejayaan satu kehidupan. Kejayaan itu hanyalah menunjukkan keistemewaan dan kebolehan pelajar berkenaan memahami pelajaran dan memenuhi kehendak soalan peperiksaan. Ianya permulaan yang baik, tetapi tidak semestinya berakhir dengan kecemerlangan dalam kehidupan.
.
Kalau kita ke majlis kenduri masyarakat Malaysia hari ini, topik paling rancak dibualkan ialah berkenaan bilangan 1A anak-anak mereka. Bagi mereka yang anaknya tiada 1A, diam membisu sahajalah, mereka telah gagal sebagai ibu bapa dan anak-anak mereka dilabel sebagai tidak cemerlang!
.
Sekali lagi, definasi kecemerlangan hidup itu adalah hak kita sendiri untuk menentukannya, perbuatan terlalu menyanjung tinggi pelajar yang banyak 1A ini hanya akan menimbulkan kegusaran dan membantut semangat bagi 99% murid-murid lain yang kurang A atau tiada A!
.
Markah 1A bukanlah kayu pengukur kejayaan, ianya hanyalah penanda aras keupayaan seseorang itu menjawab soalan pada masa dan tempat yang betul. Dalam kehidupan, keupayaan menjawab soalan dengan betul itu penting, tetapi lebih penting lagi ialah menjawab semua perkara dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab!
.
Hanya sebagai renungan : Komputer yang kita dan berbillion manusia gunakan saban hari menggunakan perisian Bill Gates, seorang yang bapanya terpaksa membisu jika duduk di majlis kenduri masyarakat kita, kerana Bill tak punya banya 1A dalam peperiksaannya!

Comments

indica said…
Mmg ramai yg tergila2 sampai sanggup gila ngaku dpt 241A cam yg kat penang tu, sdgkan subjek boleh diambil limitnya 21 je..
Camana agaknya life budak yg dapat byk2 1A tu...mesti study sokmo. Aku kalau dpt berbelas2 A, jadi pakcik kayo le.
Ko pun dulu selalu dpt four flat (4.00)kan? Aku yg teruk, bengang sungguh dgn pak cat yg anaknya Arkasyah tu..
McBudu said…
Ye ke si Arkasyah tu anak Pak Chat? Cam lain je.... Anak tiri kot... ke anak angkat?
indica said…
ko tak ingat ke masa kita pi beraya rumah pakcad dulu?
ish..takpe, melayu mudah lupa..hehe

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku