Posts

Showing posts from March, 2007

1 April Dalam Kenangan

1 April datang lagi. Masih jelas diingatanku hari Jumaat, 1 April, 13 tahun yang lalu. Sebaik tamat laungan azan Jumaat, ibuku yang amat kucintai menghembuskan nafasnya yang terakhir, pergi meninggalkan kami buat selamanya. Masih terasa bagai semalam aku membisikkan Kalimah Syahadah ke telinganya takala dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisiku. Mungkin kerana ibu pergi dengan wajahnya yang tersenyum, aku langsung tidak menangis ketika itu. Aku tutup mata ibu dan kucium pipi dan dahinya. Namun apabila aku tersedar yang aku sudah tidak punyai ibu lagi, airmataku tidak lagi dapat dibendung. Aku terasa kehilangan yang amat sangat. Sebagai anak bongsu, aku lebih rapat dengan ibu dan aku rasa akulah yang paling manja dengannya. Tubuh ibu yang terkujur kaku di mandikan dan dikafankan oleh kakak-kakakku. Sekali lagi aku menjengah wajah ibu yang kelihatan sungguh tenang dan masih tersenyum. Jenazah ibu kemudian disembahyangkan dan aku turut solat bersama abang-abangku bersama-sama jem…

JIran oh Jiranku

Aku dah mendiami rumahku hampir 15 tahun dan merasakan amat selesa walau rumah tak sebesar mana. Jiran-jiranku boleh dikatakan okey belaka sehinggalah jiran sebelahku menjual rumahnya untuk berpindah ke rumah yang lebih besar dan selesa. Rumah sebelah rumahku dijual dan dibeli oleh pemilik baharu. Sebelum memasuki rumah berkenaan tuan baharu rumah itu telah mengubahsuai rumahnya di bahagian depan dan belakang, sehingga tiada ruang lagi. Aku tidak berkira sangat bak bising-bising kesan pecahan dinding juga tidak ku hirau habuk-habuk yang saban hari menghiasi kain jemuran dan keretaku sehingga kelihatan berada bagaikan dalam salji, tapi pemandangan hadapan ku kini terhad kerana sebelah tepinya sudah terhalang akibat binaan sisinya yang terkehadapan dari rumahku. Bilik tidurku yang dahulunya merupakan 'a room with a view, kini jadi 'a room without full view', only half view!.
.
Aku rasakan tidak begitu seronok lagi berada di jendela bilikku itu..... Boleh sahaja aku menyambung…

Kegilaan 1A

Kebelakangan ini kerapkali terpapar di dada-dada media kisah kejayaan pelajar-pelajar cemerlang mendapat 15 1A, 16 1A, 17 1A dan ada juga yang memalsukan 1A nya sehingga 21 !. Media-media berlumba-lumba mengutarakan kisah kejayaan anak-anak 'cemerlang' ini. Ada sesetengah media telah menjadikan seorang murid 'wira' dengan mengwar-warkan dia mendapat 19 1A. Tetapi apabila keputusan sebaliknya, pelajar ini dipinggirkan! Murid dan keluarga murid tersebut telah menghadapi tekanan perasaan yang hebat berikutan episod berkenaan! Muktahir ini 1A menjadi terlalu penting dalam masyarakat. Apa destinasi yang sedang dituju oleh generasi 'kemaruk' 1A ini agaknya? Apakah sistem pendidikan kita sekarang ini bermatlamatkan banyaknya bilangan 1A?

Sesungguhnya amatlah baik jika seseorang pelajar cemerlang dalam pelajarannya, tetapi adakah bermaana mereka yang kurang A nya tidak akan cemerlang dalam hidup? Adakah kajian dibuat berapa peratus daripada mereka yang berjaya dalam hi…