Posts

Showing posts from February, 2007

Selamat datang 2007

Dhania, puteriku yang sulung mengalami demam panas yang tak kebah selama 4 hari. Dua kali bawa ke klinik, tak baik juga. Akhirnya dirujuk ke hospital. Bilangan Platelet darahnya menurun, jadi disyaki menghidapi denggi. kena tahan kat wad 3 hari, hanya keluar setelah plateletnya naik semula. MC lah dia seminggu. Seminggu kemudian, Dafina, puteri bongsuku pula batuk-batuk dan demam selama seminggu tak kebah. Kemudian baik demamnya, tapi masih batuk. Minggu ke dua masih batuk, dan tiba-tiba demam semula. Dua kali juga ke klinik tapi tak sembuh, akhirnya landed kat katil hospital juga selama 3 hari - disahkan bronkaitis. Dua kali masuk wad di awal 2007. Selamat datang 2007!